Jemaah Haji perlu ambil peringatan, Kerajaan Arab Saudi kini lebih tegas – Tabung Haji

 

MAKKAH: Kerajaan Arab Saudi mengeluarkan notis makluman kepada Ketua Rombongan Haji (KRH) semua negara pada Khamis lalu mengenai langkah mengadakan kawalan keselamatan lebih ketat bagi membendung penyalahgunaan visa semasa musim haji.

Ketua Rombongan Haji, Lembaga Tabung Haji (TH), Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman, berkata kali pertama seumpamanya notis ini dikeluarkan, antara lain mengandungi peringatan kepada KRH agar tidak membantu sebarang pergerakan atau penginapan mereka yang tiada visa haji sah.



Malah, KRH turut diminta melaporkan kepada pihak berkuasa sekiranya ada individu yang melanggar peraturan haji.

“Penekanan daripada pihak kerajaan Arab Saudi kepada pejabat semua Ketua Rombongan Haji itu belum pernah dibuat sebelum ini dengan peringatan yang begitu khusus.

“Turut diberi peringatan sekiranya notis baharu itu tidak dipatuhi, ia akan memberi kesan terhadap operasi haji sesebuah negara,” katanya kepada Petugas Media TH pada sidang media mingguan di Ibu Pejabat TH di sini, kelmarin.

Beliau menyifatkan, penekanan daripada Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi itu sebagai perkara serius dan menjadi mesej yang perlu diambil perhatian oleh rombongan rasmi haji semua negara.



Pada masa sama, beberapa operasi sudah dilaksanakan pihak berkuasa Arab Saudi sejak dua minggu lalu dengan tangkapan dilakukan terhadap mereka yang tiada visa atau permit haji yang sah.

“Pemeriksaan kenderaan dilakukan termasuk bas-bas yang dinaiki jemaah juga dilakukan untuk memastikan hanya mereka yang ada visa sah sahaja masuk ke Makkah. Walaupun orang tempatan atau bekerja di Makkah, mereka mesti memiliki permit sah untuk masuk ke sini,” katanya.

Selain itu, katanya pihak berkuasa turut menjalankan pemeriksaan di hotel-hotel penginapan dan laluan ke masjid serta tempat-tempat tertentu bagi mengesan jemaah yang tiada visa haji yang sah.

Berikutan itu, Syed Saleh menyeru kepada semua petugas dan jemaah haji untuk memandang serius perkara berkenaan dan sentiasa patuh kepada arahan dan undang-undang Kerajaan Arab Saudi yang telah berkuat kuasa.



“Kepada jemaah haji Malaysia, saya ingin ingatkan semula pastikan anda sentiasa mempunyai kad Nusuk, Insya-Allah, TH sedang dan akan mengedarkan kad ini kepada jemaah haji yang duduk bawah kuota 31,600.

“Jemaah juga hendaklah pastikan kad ini dijaga dengan baik untuk mudahkan pergerakan dan perjalanan serta ibadah haji,” katanya.

Beliau turut menggalakkan jemaah haji Malaysia supaya memindah turun aplikasi Nusuk kerana terdapat kad Nusuk digital dalam aplikasi itu yang boleh digunakan untuk ditunjukkan kepada pihak berkuasa Arab Saudi sekiranya situasi terdesak.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Ustaz selebriti didakwa kuat ‘merapu’ bila berdakwah?



Kedai makan balas komen pelanggan dengan biadap

BCL bikin hal lagi dalam kelab malam



Buat ‘projek’ dalam kawasan masjid (Video)

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker