Vincent Tan tak mengaku terlibat rundingan lesen kasino Forest City
Vincent Tan tak mengaku terlibat rundingan lesen kasino Forest City
Berjaya Corp Bhd (BCorp) menafikan laporan yang mengaitkan Pengasasnya, Tan Sri Vincent Tan terbabit dalam rundingan berkaitan lesen kasino di Forest City, Johor.
BCorp berkata, artikel yang dikeluarkan Bloomberg LP ‘Malaysia In Talks With Tycoons On Casino To Revive $100 Billion Forest City’ dan artikel bertajuk ‘Malaysia Mulls Casino At Forest City’ oleh The Edge Singapore telah memasukkan maklumat tidak tepat.
Justeru, katanya, ia memberi gambaran yang salah pembabitan pihaknya dalam perbincangan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung projek Forest City.
“Kami ingin menjelaskan bahawa Tan Sri Vincent Tan Chee Yioun tidak mengambil bahagian dalam sebarang rundingan sedemikian dan menyangkal dakwaan tidak tepat yang dikemukakan dalam artikel berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan.
Penelitian semula hala tuju IRDA selari keputusan kerajaan berkaitan pelaburan negara – PM
BCorp berkata, sebagai tindak balas kepada ketidaktepatan itu, pihaknya memohon tindakan daripada pihak terbabit untuk penjelasan dan menyingkirkan sebarang kandungan yang mengelirukan daripada artikel yang dipersoalkan itu merentas semua platform.
Ia juga memohon pemberhentian penyebaran maklumat yang tidak tepat.
“Kami percaya bahawa pihak yang bertanggungjawab akan memahami kebimbangan kami dan mengambil tindakan yang sewajarnya,” katanya.
Semalam, Perdana Menteri menafikan laporan yang mendakwa kerajaan akan mengeluarkan lesen untuk pengoperasian kasino di Forest City, Johor.
Bercakap kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Madani Muhibbah Aidilfitri 2024 anjuran Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan serta Kementerian Komunikasi, Anwar yang juga Menteri Kewangan secara ringkas berkata berita mengenai lesen kasino adalah ‘bohong’ dan ‘tidak betul’.
“Tiada kasino berlesen…tipu…tidak betul,” kata Anwar.
Bloomberg dengan memetik sumber sebelum itu melaporkan Perdana Menteri bertemu dengan dua hartawan terkemuka minggu lalu bagi membincangkan rancangan membuka kasino di Forest City.
Laporan itu mendakwa Anwar, pegawai kanan kerajaan dan ahli perniagaan mengadakan makan tengah hari dan mesyuarat mengenai kemungkinan memberikan lesen kasino kedua Malaysia.
Menurut laporan itu, turut berada pada mesyuarat itu ialah Tan dan bekas Pengerusi serta Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Genting Hong Kong Ltd, Tan Sri Lim Kok Thay. BH
Vincent Tan tak mengaku terlibat rundingan lesen kasino Forest City
Baca Artikel Menarik:
- Helikopter bertembung: Bapa reda pemergian ‘tulang belakang’ keluarga
- Lima pesawat nyaris bertembung di landasan
- Abang bomba pujuk budak turun dari bumbung asrama
- Datuk Red, Adira cerai talak satu
- Hentikan jualan arak 24 jam, bukan restoran 24 jam
- MARA buka permohonan tajaan sambung pengajian graduan cemerlang bulan depan
- Inilah Wajah Wira-Wira Negara yang terkorban
- Helikopter bertembung: Ini mungkin punca nahas
- Helikopter terhempas: ma sudah tak ada
- Goblok berkempen untuk DAP! MCA ada maruah dan harga diri – Wee Ka Siong
- Helikopter bertembung: Joanna ada dua anak kecil
- Helikopter bertembung: Dua kali buat pengecaman, wajah anak macam tidur
- Eagle’s Nest Skywalk Langkawi tepanjang di dunia kini dibuka
- Mahathir takut dengan bayang-bayang sendiri?
- Helikopter bertembung: Komander Muhammad Firdaus hubungi keluarga sebelum nahas
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Fatia Latiff kena bahan lagi lepas ‘upload’ gambar ini
‘Alamak Raya Lagi’ versi tauke babi panggang raih 1.6 juta tontonan (Video)