Bank Indonesia naikkan kadar faedah kepada 6.25 peratus
Bank Indonesia naikkan kadar faedah kepada 6.25 peratus
JAKARTA – Kenaikan kadar faedah utama Bank Indonesia (BI) kepada 6.25 peratus pada Rabu, berkemungkinan besar menjadi yang pertama dan terakhir untuk bank itu bagi 2024, kata RHB Investment Bank (RHB IB).
Bank pelaburan itu juga menjangkakan BI mengekalkan kadar faedahnya berikutan inflasi yang terkawal dengan sasaran harga utama dalam julat 1.5-3.5 peratus untuk tahun ini.
Malah, kadar yang lebih tinggi berpotensi menjejaskan pertumbuhan pinjaman dan permintaan pengguna.
Pada masa sama, rupiah yang lemah boleh membantu dari segi menyokong lebihan dagangan yang susut 40 peratus tahun ke tahun pada suku pertama 2024.
“Kami menyedari risiko kenaikan selanjutnya jika berlaku tekanan inflasi global atau ketegangan geopolitik yang memburukkan lagi keadaan tidak dijangka pada separuh kedua tahun ini,” katanya dalam nota penyelidikannya, hari ini.
Selain itu, RHB IB berkata reaksi awal pasaran awal juga reda yang menunjukkan bahawa kenaikan sekali kadar 25 mata asas susulan mesyuarat bank pusat April mungkin tidak memadai bagi membendung kelemahan rupiah.
Dalam taklimat secara maya, Gabenor BI Perry Warjiyo menyifatkan kenaikan kadar itu sebagai tindak balas kepada kebangkitan semula dolar AS dan konflik di Timur Tengah, sehingga memerlukan dasar yang “dalam jangkaan, berpandangan jauh serta dahuluan.”
Pada sesi itu juga, Perry mengunjurkan rupiah kekal stabil pada 16,200 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada suku kedua dan mengukuh kepada 15,800 menjelang suku keempat dalam senario pengukuhan mata wang negara maju berkenaan.
Rupiah susut nilai sebanyak 2.3 peratus berbanding dolar AS pada bulan lepas.
Dalam nota berasingan, Maybank Investment Bank (Maybank IB) berkata BI sedang mempertimbang kemungkinan menaikkan kadar faedah pada masa depan walaupun tidak melibatkan sebarang rancangan segera bagi langkah sedemikian setakat ini.
Ia turut menekankan bahawa kebimbangan utama bank pusat itu adalah berkaitan usaha bagi memastikan kestabilan rupiah.
“Wujud risiko bahawa penyusutan nilai dolar AS/rupiah yang berterusan, berkemungkinan mencetuskan satu lagi kenaikan kadar faedah itu,” kata Maybank IB.
Langkah BI menaikkan kadar dasar utamanya kepada 6.25 peratus juga adalah paras yang tertinggi sejak 2016. Sinar
Bank Indonesia naikkan kadar faedah kepada 6.25 peratus
Baca Artikel Menarik:
- Helikopter bertembung: Bapa reda pemergian ‘tulang belakang’ keluarga
- Lima pesawat nyaris bertembung di landasan
- Abang bomba pujuk budak turun dari bumbung asrama
- Datuk Red, Adira cerai talak satu
- Hentikan jualan arak 24 jam, bukan restoran 24 jam
- MARA buka permohonan tajaan sambung pengajian graduan cemerlang bulan depan
- Inilah Wajah Wira-Wira Negara yang terkorban
- Helikopter bertembung: Ini mungkin punca nahas
- Helikopter terhempas: ma sudah tak ada
- Goblok berkempen untuk DAP! MCA ada maruah dan harga diri – Wee Ka Siong
- Helikopter bertembung: Joanna ada dua anak kecil
- Helikopter bertembung: Dua kali buat pengecaman, wajah anak macam tidur
- Eagle’s Nest Skywalk Langkawi tepanjang di dunia kini dibuka
- Mahathir takut dengan bayang-bayang sendiri?
- Helikopter bertembung: Komander Muhammad Firdaus hubungi keluarga sebelum nahas
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
‘Alamak Raya Lagi’ versi tauke babi panggang raih 1.6 juta tontonan (Video)
You must be logged in to post a comment.