Saya sudah tak larat nak jalan – Datuk Red

Saya sudah tak larat nak jalan – Datuk Red

KUANG: “Tanya dia (Adira), saya sudah tak larat nak jalan,” katanya.

Demikian kenyataan ringkas bekas suami kepada penyanyi Adira Suhaimi iaitu Datuk Seri Adnan Abu atau Datuk Red yang enggan memberikan sebarang kenyataan selepas bercerai talak satu pada prosiding di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat, Rawang, di sini, pagi tadi.



Adnan, 46, hanya mendiamkan diri tanpa sebarang jawapan ketika diajukan soalan oleh pengamal media.

Beliau lebih selesa meminta bertanyakan kepada Adira berkaitan kes perceraian mereka.

Bapa kepada 11 cahaya mata itu kemudiannya terus bergegas meninggalkan perkarangan mahkamah dengan menaiki motosikal jenis Honda EX5.

Adnan dilihat sempat membasahkan tekak dengan menghirup air yang ditinggalkan di motosikalnya.



Sementara itu, peguam syarie mewakili Adnan iaitu Muhammad Akmal Azman berkata, kedua-dua pihak sudah berbincang terlebih dahulu sebelum memutuskan untuk bercerai, hari ini.

“Hari ini, Alhamdulillah kedua-dua pihak bersetuju bercerai secara baik dengan terma perjanjian yang sudah dapat dicapai.

“Antaranya, hak-hak selepas perceraian seperti nafkah sebagainya. Nafkah anak-anak pula mereka akan bincangkan sendiri.

“Saya difahamkan mereka berbincang pada Aidilfitri lalu. Hubungan mereka juga baik dan doakan yang baik-baik buat mereka,” katanya.



Menjawab persoalan Adnan yang terpaksa melepaskan Adira, Muhammad Akmal berkata, Adnan pastinya terkesan atas perpisahan yang berlaku.

“Saya rasa mana-mana orang akan hadapi benda sama apabila terpaksa melepaskan orang yang disayangi.

“Doakan ada jalan yang terbaik buat mereka,” katanya.

Mengulas kes perceraian dengan isteri pertamanya, Muhammad Akmal berkata, prosiding akan diteruskan pada Mei depan.



“Mengenai isteri pertama saya tidak bincang lagi dengan Adnan, tapi kes ini akan bersambung pada Mei depan,” katanya.

Terdahulu, Adnan melafazkan cerai talak satu pada jam 9.39 pagi di hadapan Hakim Syarie, Abdul Hadi Umar selepas mahkamah membenarkan permohonan Adira selaku plaintif mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003.

Mahkamah kemudian mensabitkan berlaku perceraian talak satu dan memerintahkan Adira atau nama sebenarnya, Siti Adira Suhaimi, 33, menjalani tempoh edah selama tiga kali suci, selain mendaftarkan perceraian.

Sepatutnya hari ini ditetapkan lantikan hakam, namun kedua-dua pihak bersetuju bercerai secara baik berdasarkan terma.



Pada 5 Mac lalu, Adira dan Adnan hadir bagi keputusan laporan Jawatankuasa Pendamai (JKP) yang dilantik Adira dan suaminya berhubung proses perceraian mereka.

Adnan melantik sahabat baik sebagai wakil JKP, manakala Adira selaku plaintif melantik kakaknya, Emma Suhaimi untuk prosiding berkenaan.

Semalam, Adnan mahukan isteri pertama, Datin Seri Sharifah Norshafila Hassim dan isteri kedua, Adira menarik balik permohonan cerai mereka.

Pada 25 Oktober tahun lalu, Adira memfailkan perceraian berikutan tiada persefahaman. Sebelum ini, Adira pernah memfailkan perceraian pada 2019, namun menarik semula demi anak-anak.



Adira dan Adnan berkahwin di Songkhla, Thailand pada 3 Disember 2015 sebagai isteri kedua.

Hasil perkahwinan, pasangan itu dikurniakan empat cahaya mata, Anggrek, 6, Asan, 5, Anggun, 4, dan Ayob yang kini berusia setahun.

Perkahwinan Adnan dengan isteri pertama yang juga dikenali sebagai Datin Red mempunyai lima cahaya mata.

Sebelum itu, Adnan pernah berkahwin ketika berusia 20 tahun dan berpisah lima tahun kemudian.

Hasil perkahwinan itu, Adnan dikurniakan dua cahaya mata dan secara keseluruhan mempunyai 11 anak menerusi tiga perkahwinan. BH

Saya sudah tak larat nak jalan – Datuk Red

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Fatia Latiff kena bahan lagi lepas ‘upload’ gambar ini

‘Alamak Raya Lagi’ versi tauke babi panggang raih 1.6 juta tontonan (Video)

Penebar roti canai dicari dengan gaji RM5,000 sebulan

Ruhainies tipu kata nak berundur – Kekasih Aliff Aziz

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker