Helikopter bertembung: Kematian syahid akhirat

Helikopter bertembung: Kematian syahid akhirat

Kesemua mangsa beragama Islam dalam nahas dua helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang berlanggar semalam disifatkan sebagai syahid akhirat.

Penceramah bebas, Ustaz Azhar Idrus (UAI) berkata demikian berhubung insiden menyayat hati yang mengorbankan 10 kru TLDM ketika sedang menjalani raptai sempena sambutan Hari Terbuka Armada TLDM.

“Syahid dunia, mati ketika berperang dengan tentera kafir (jenazah mereka tidak perlu mandi dan dikafan), manakala syahid akhirat wajib dimandikan, dikafan serta disolatkan,” katanya dalam video ceramahnya semalam.

Mengulas lanjut, Azhar berkata, berdasarkan hadis, terdapat kematian yang disifatkan sebagai syahid akhirat meskipun tidak mati dalam medan peperangan.

“Sebagai contoh, mati beranak, mati lemas, mati terbakar, mati akibat wabak atau penyakit dalam perut serta mati dihempap atau ditindih sesuatu yang berat.

“Jadi, kalau mati tertindih helikopter, maka ulama kiaskan dengan mati tertindih benda yang keras,” ujarnya.

Sementara itu, pendakwah Ustazah Asma’ Harun menerusi hantaran di laman sosial Facebook miliknya mengucapkan takziah kepada seluruh keluarga mangsa.

Beliau turut mengharapkan semua mangsa dikurniakan syahid di akhirat sepertimana yang disebutkan dalam hadis Nabi Muhammad SAW iaitu Sahib al-Hadm (orang yang ditimpa runtuhan).

“Kalimah al-Hadm juga boleh kita fahami dengan makna himpitan, berlaku pertembungan atau kemalangan,” katanya.

Dalam hadis itu, Rasulullah SAW bersabda: “Orang yang mati syahid lima golongan iaitu orang yang mati kerana taun, mati kerana penyakit perut, mati lemas, ditimpa runtuhan dan syahid di jalan ALLAH.” (Hadis Riwayat Al-Bukhari)

Dalam pada itu, Asma’ turut mengingatkan orang ramai agar tidak menyebarkan sewenang-wenangnya gambar atau video yang terlibat dalam nahas pesawat itu.

“Ketahuilah, haram menyebarkan sebarang gambar atau video yang memberi aib kepada arwah dan menambah kesedihan kepada keluarga mereka.

“Mari kita doakan semoga musibah seperti ini tiada lagi kemalangan jiwa yang berlaku. Sungguh, ujian ini sangat berat untuk dilalui. Semoga mangsa yang telah pergi dikurniakan husnul khatimah dan tergolong bersama golongan yang beriman serta beramal soleh,” titipnya.

Insiden pesawat terhempas itu mengorbankan Pegawai Memerintah Skuadron 503, Komander Muhammad Firdaus Ramli; Leftenan Komander Wan Rezaudeen Kamal Zainal Abidin dan Pegawai Taktikal Udara Skuadron 503, Leftenan Komander Mohammad Amirulfaris Mohd Marzukhi.

Turut terkorban, Pegawai Memerintah Skuadron 502, Komander Muhamad Amir Mohamad; Leftenan T Sivasutan (juruterbang Skuadron 502); Pegawai Waran II, Mohd Shahrizan Mohd Termizi (Kuartermaster Udara Skuadron 502); Pegawai Waran II Muhammad Faisol Tamadun (Kuartermaster Udara Skuadron 503); Laskar Kanan Joanna Felicia anak Rohna daripada Markas Udara TLDM; Pegawai Waran II Norfarahimi Saedy (Depot Bekalan Armada Barat) dam Bintara Muda Nor Rahiza Anuar (Depot Bekalan Armada Barat).

Helikopter bertembung: Kematian syahid akhirat

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Fatia Latiff kena bahan lagi lepas ‘upload’ gambar ini

‘Alamak Raya Lagi’ versi tauke babi panggang raih 1.6 juta tontonan (Video)

Penebar roti canai dicari dengan gaji RM5,000 sebulan

Ruhainies tipu kata nak berundur – Kekasih Aliff Aziz

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker