Doa hebat dalam solat
Doa hebat dalam solat
Duduk di antara dua sujud adalah salah satu dari perkara wajib dalam solat fardu kerana ia termasuk dalam rukun solat. Ketika duduk di antara dua sujud kita disunatkan membaca doa yang berupa 8 permintaan besar kepada Allah.
8 permintaan doa ini merupakan himpunan dari pelbagai hadis yang diriwayatkan oleh para ulama sesuai dengan apa yang disebut oleh Imam Ibn Hajar al-Haitami dalam mensyarahkan kalam Imam an-Nawani iaitu,
“Disunatkan seseorang membaca “Rabbighfirlii, warhamni, wajburni, warfa’ni, warzuqni, wahdini wa’afini” kerana ittiba’ (mengikut sunnah Nabi) bagi setiap permohonan itu dan sanadnya sahih, ditambah dalam (kitab) al-Ihya’: ampunkan aku”
Hadis-hadis yang diriwayatkan menyebut tentang bacaan semasa duduk antara dua sujud ini pelbagai. Para ulama telah menyusunnya agar lebih banyak fadilat dan lebih berhati-hati. Perkara ini dijelaskan lagi oleh Imam an-Nawawi dengan katanya,
“Adapun hadis Ibnu Abbas maka meriwayatkannya oleh Abu Daud, al-Tirmizi dan selain mereka berdua dengan sanad yang baik. Dan al-Hakim meriwayatkannya dalam al-Mustadrak dan katanya, “sahih isnadnya”. Dan lafaz oleh Abu Daud ialah,
“Allahummaghfirli warhamni, wa’afini, wahdini warzuqni”
Manakala lafaz al-Tirmizi sama seperti di atas tetapi dia menyebut “bantulah aku dan tinggikan darjatku” dalam riwayat Ibnu Majah “warfa’ni” mengganti “wahdini”. Dalam riwayat al-Baihaqi disebut,
“Rabbighfirli warhamni, wajburni, warfa’ni, wahdini”
Disebabkan pelbagai lafaz yang ada maka pendapat yang berhati-hati dan lebih terpilih ialah dengan menghimpunkan semua riwayat itu dan menyebut semua lafaznya yang tujuh iaitu,
“Allahummaghfirli warhamni, wa’afini, wajburni, warfa’ni, warzuqni, wahdini.”
Kemudian tambahan lafaz wa’fuanni disebut oleh Imam al-Ghazali di dalam Ihya Ulumuddin. Justeru itu yang kita amalkan pada ketika ini adalah bacaan yang lengkap hasil himpunan dari pelbagai riwayat dengan bacaannya,
“Rabbighfirli, warhamni, wajburni, warfa’ni, warzuqni, wahdini, wa’afini, wa’fuanni”
Maksud bagi doa yang kita baca ketika duduk antara dua sujud ialah,
“Ya Allah ampunilah dosaku, rahmatilah aku, tutupilah segala keaiban/kekuranganku, tinggikan darjatku, berikanlah aku rezeki, berilah aku petunjuk bimbingan, sihat sejahterakanlah aku dan hapuskanlah segala kesalahanku”
Ini merupakan lafaz permintaan dan doa yang lengkap untuk kita menjadi insan yang bertakwa dan meraih syurga Allah. Amat hebat dan besar fadilat di dalam doa jika Allah makbulkan apatah lagi setiap kali solat 5 waktu kita akan membacanya sebanyak 17 kali sehari. Bermakna 17 kali sehari kita minta kepada Allah tanpa kita sedar.
Namun begitu amat malang dan rugi sekali jika kita hanya membaca doa ini begitu sahaja tanpa benar-benar faham dan hanya membaca sambil lalu. Sedangkan ketika inilah kita perlu membacanya dengan penuh penghayatan, tawaduk dan pengharapan ibarat merintih agar permintaan kita ini diterima Allah.
Justeru itu jangan abaikan bacaan ini ketika solat. Ambillah peluang untuk khusyuk dan tawaduk ketika membacanya. Insya Allah jika Allah izinkan dan makbulkan permintaan kita, pastinya kita akan beroleh ganjaran yang besar bukan hanya di dunia malah di akhirat nanti. Wallahu a’lam Utv
Doa hebat dalam solat
Baca Artikel Menarik:
- Helikopter bertembung: Bapa reda pemergian ‘tulang belakang’ keluarga
- Lima pesawat nyaris bertembung di landasan
- Abang bomba pujuk budak turun dari bumbung asrama
- Datuk Red, Adira cerai talak satu
- Hentikan jualan arak 24 jam, bukan restoran 24 jam
- MARA buka permohonan tajaan sambung pengajian graduan cemerlang bulan depan
- Inilah Wajah Wira-Wira Negara yang terkorban
- Helikopter bertembung: Ini mungkin punca nahas
- Helikopter terhempas: ma sudah tak ada
- Goblok berkempen untuk DAP! MCA ada maruah dan harga diri – Wee Ka Siong
- Helikopter bertembung: Joanna ada dua anak kecil
- Helikopter bertembung: Dua kali buat pengecaman, wajah anak macam tidur
- Eagle’s Nest Skywalk Langkawi tepanjang di dunia kini dibuka
- Mahathir takut dengan bayang-bayang sendiri?
- Helikopter bertembung: Komander Muhammad Firdaus hubungi keluarga sebelum nahas
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
‘Alamak Raya Lagi’ versi tauke babi panggang raih 1.6 juta tontonan (Video)
You must be logged in to post a comment.