Raja dadah Malaysia ditahan di Laos
Raja dadah Malaysia ditahan di Laos
Seorang warga Malaysia yang dikehendaki di Thailand kerana aktiviti penyeludupan dadah ditahan dalam operasi bersama Thailand-Laos minggu lepas.
Warga Malaysia berusia 39 tahun itu didakwa raja dadah dan anggota penting sindiket dikatakan bersembunyi di Laos, menurut polis Thailand.
Penolong Ketua Polis Negara Pol Lt Jen Panurat Lakboon berkata Lembaga Kawalan Narkotik (ONCB) telah melakukan siasatan terhadap lelaki itu yang disyaki sebagai dalang utama dalam membekal dan menyelaras aktiviti dadah di kawasan Segitiga Emas sejak 2006.
Panurat berkata lelaki itu ditahan di Laos pada 29 Dis.
“Suspek terlibat dengan rangkaian dadah di seluruh Thailand, Malaysia, China, Singapura dan Laos. Dia juga menggunakan Thailand untuk aktiviti pengubahan wang haram dan sebagai tempat transit penyeludupan dadah ke negara ketiga seperti Malaysia, Taiwan dan Australia.
“Penahanan itu adalah hasil siasatan berterusan dan kerjasama rapat antara agensi penguatkuasa Thailand, Malaysia dan Laos,” katanya dalam satu kenyataan.
Pasukan penyiasat mengenal pasti lelaki itu sebagai suspek utama di sebalik rampasan dadah pada Jun tahun lalu – rampasan membabitkan 998 kilogram methamphetamine kristal dan penahanan tujuh suspek di wilayah Ratchaburi, kata Panurat.
Waran tangkap kemudiannya dikeluarkan terhadap suspek pada Ogos tahun yang sama.
Pihak berkuasa Thailand kemudian merampas aset warga Malaysia itu termasuk sebidang tanah dengan bangunan, dua kondominium, tiga kapal layar, dua kereta, tiga motosikal, senjata api, wang tunai dan barangan berharga lain di seluruh Bangkok, Trat, Chiang Rai dan Chon Buri.
Jumlah anggaran nilai aset yang dirampas adalah 85 juta baht (RM11.4 juta).
Raja dadah Malaysia ditahan di Laos
Baca Artikel Menarik:
- Muka Nonny Nadirah senget akibat disihir
- Shuib buka restoran patin
- Inovasi ulam raja tingkat memori, daya ingatan
- Hamdan Senario minta usah ditidurkan sebab nak jumpa peminat – isteri
- Bakal pengantin dicekup berkhalwat
- Perbaharui lesen memandu guna MyJPJ mulai 1 Februari
- Bunuh majikan kerana tak tahan dimarah
- Dividen KWSP dijangka setinggi 6.5 peratus
- Pelancong Malaysia sumbang RM265j kepada ekonomi Hatyai
- Langkah Dubai: Saya akan saman – Abdul Rahman
- Rakyat tunggu Mahathir, Daim disiasat
- Langkah Dubai yang diabai
- Imbauan: 10 tinta politik tumpuan 2023
- McDonald’s Malaysia saman BDS Malaysia, “Bukan kami yang mula boikot tapi rakyat Malaysia”
- Kes pembunuhan kejam 2023, Pakar CSI Malaysia sahkan pelaku memang ada ‘niat’ membunuh
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Kes guru dicerai suami kerana ‘gagal bertukar’, KPM hentikan penempatan ‘paksa’ – Pakar Pendidikan
Ini sebab mengapa MRSM dan SBP perlu dihadkan untuk tingkatan 4 dan 5 – Majlis Profesor Negara
Meerqeen, Anna kekal tersenarai 100 wajah terkacak, cantik di dunia
You must be logged in to post a comment.