Pengguna tergendala daftar PADU, Ini penjelasan Rafizi

KUALA LUMPUR: Kerajaan sedang berusaha untuk menyelesaikan masalah berkaitan Pangkalan Data Utama (PADU) yang dibuka secara langsung hari ini.

Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli, berkata ketika ini masalah adalah berkaitan dengan pengguna syarikat telco Celcom saja.

“Masalah OTP (kata laluan enam digit) tidak diterima setakat ini didapati membabitkan pengguna Celcom. Pengguna khidmat telco lain tidak ada masalah.

“Perkara ini sedang dikendalikan pasukan PADU dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM),” katanya di catatan di laman X hari ini.

Rafizi turut menasihati orang ramai supaya menggunakan alamat laman web dengan URL,http://padu.gov.my.

Terdahulu, BH melaporkan ramai pengguna di media sosial berkongsi masalah ketika mahu menyempurnakan proses pendaftaran serta mengemaskini data dalam PADU seperti kegagalan untuk membuat pengesahan terhadap maklumat yang sudah diisi mereka.

Gangguan akses ke sesawang PADU dipercayai berikutan ramai pengguna media sosial merebut peluang menjadi 3,000 pendaftar terawal, sekali gus melayakkan mereka mendapatkan kad Touch ‘n Go (TnG) versi teknologi Komunikasi Medan Dekat (NFC) secara percuma.

Pembangunan PADU dilaksanakan secara dalaman oleh Kementerian Ekonomi, Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) dan Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) tanpa membabitkan perunding luar bagi membina kepakaran dan keupayaan penjawat awam selain pada masa yang sama bertujuan untuk memastikan keselamatan data terjamin.

Ia akan menjadi sumber rujukan berpusat yang mengandungi profil individu yang menyeluruh merangkumi maklumat demografi dan pelbagai maklumat seperti pendidikan, kesihatan, bantuan sosial yang diterima dan pendapatan isi rumah.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kes guru dicerai suami kerana ‘gagal bertukar’, KPM hentikan penempatan ‘paksa’ – Pakar Pendidikan

Polis buru samun ‘ala mafia’ di Klang [VIDEO]

Ini sebab mengapa MRSM dan SBP perlu dihadkan untuk tingkatan 4 dan 5 – Majlis Profesor Negara

Meerqeen, Anna kekal tersenarai 100 wajah terkacak, cantik di dunia

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker