Filem Pendekar Awang: Darah Indera Gajah, Fazura akui gementar saluran peranakan terjejas
PUTRAJAYA: Pelakon Nur Fazura gementar melakonkan babak berisiko tinggi iaitu menunggang kuda dalam filem Pendekar Awang: Darah Indera Gajah kerana bimbang berlaku kecederaan memudaratkan.
Nur Fazura atau nama penuh, Nur Fazura Sharifuddin, 40, mengaku paling menakutkan andai kecederaan itu menjejaskan peluang mendapatkan zuriat pada masa akan datang
“Memang setiap hari Faz berdoa moga tidak jatuh apabila menunggang kuda. Faz tidak mahu saluran peranakan terjejas dan tidak dapat menimang cahaya mata lagi.
“Alhamdulillah, selain pernah belajar menunggang kuda masa kecil, Faz serasi dengan kuda yang ditunggang dalam filem itu,” katanya ditemui pada majlis tayangan filem Pendekar Awang: Darah Indera Gajah di sini, hari ini.
Yang turut hadir, Pengarah Urusan Studio Kembara Sdn Bhd, Abdul Rahman Mt Dali, pengarah filem, Saiful Reza A. MShukor dan Shaharudin Mt Dali serta pelakon iaitu Fattah, Nadhir Nassar, Amir Ahnaf, Wan Hanafi Su dan ramai lagi.
Melalui filem terbitan Studio Kembara Sdn Bhd itu, Fazura memegang watak sebagai serikandi bernama Sayang.
Sementara itu, isteri kepada aktor Fattah Amin turut menafikan dirinya berbadan dua susulan tindakan meluahkan kerisauan dengan babak menunggang kuda itu.
“Buat masa ini, tiada soal kehamilan yang ingin dikongsi. Saya dan Fattah mengambil langkah merancang keluarga kerana kesibukan kami.
“Lagipun, kami perlu patuh dengan kontrak yang sudah ditandatangani. Kalau boleh tidak mahu hamil dalam keadaan masih bekerja. Ketika mengandung Fatimah dahulu, Faz pernah terlantar atas katil selama tiga bulan sebab alahan.
“Faz tidak mahulah disebabkan hamil, komitmen terhadap kerja terjejas,” katanya.
Filem prekuel kepada Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan dan membabitkan kos RM15 juta itu bakal menemui penonton di pawagam pada 11 Januari ini.
Fazura dan Fattah mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan cahaya mata perempuan, Nur Fatima Aisya pada 2 Oktober 2020.
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Muka Nonny Nadirah senget akibat disihir
- Shuib buka restoran patin
- Inovasi ulam raja tingkat memori, daya ingatan
- Hamdan Senario minta usah ditidurkan sebab nak jumpa peminat – isteri
- Bakal pengantin dicekup berkhalwat
- Perbaharui lesen memandu guna MyJPJ mulai 1 Februari
- Bunuh majikan kerana tak tahan dimarah
- Dividen KWSP dijangka setinggi 6.5 peratus
- Pelancong Malaysia sumbang RM265j kepada ekonomi Hatyai
- Langkah Dubai: Saya akan saman – Abdul Rahman
- Rakyat tunggu Mahathir, Daim disiasat
- Langkah Dubai yang diabai
- Imbauan: 10 tinta politik tumpuan 2023
- McDonald’s Malaysia saman BDS Malaysia, “Bukan kami yang mula boikot tapi rakyat Malaysia”
- Kes pembunuhan kejam 2023, Pakar CSI Malaysia sahkan pelaku memang ada ‘niat’ membunuh
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Kes guru dicerai suami kerana ‘gagal bertukar’, KPM hentikan penempatan ‘paksa’ – Pakar Pendidikan
Ini sebab mengapa MRSM dan SBP perlu dihadkan untuk tingkatan 4 dan 5 – Majlis Profesor Negara
Meerqeen, Anna kekal tersenarai 100 wajah terkacak, cantik di dunia
You must be logged in to post a comment.