Adegan ‘aiskrim’ Amir Ahnaf kecoh di TikTok, tuan badan akhirnya mohon maaf

PUTRAJAYA: Pelakon Amir Ahnaf memohon maaf kepada peminat berikutan babak

‘panas’ dalam drama Syurga Itu Bukan Mudah yang mencetuskan kontroversi, baru-baru ini.

Amir mendakwa keberatan melakonkan babak itu dan hanya mendapat tahu mengenainya, seminggu sebelum penggambaran bermula.

“Sebagai orang baharu, saya tidak berani bantah kerana kerana bimbang dituduh besar kepala. Lagi pun, stesen televisyen (TV) meluluskan babak itu. Jadi, saya kira, tidak timbul sebarang masalah.

“Saya memohon maaf kerana menyentuh sensitiviti rakyat Malaysia,” katanya ditemui pada majlis tayangan filem Pendekar Awang: Darah Indera Gajah yang dibintanginya di sini, hari ini.

Amir berjanji akan lebih berhati-hati memilih watak agar tidak mengulangi kesilapan sama. Tambah Amir, dia sedia terima kritikan atas kekhilafan dirinya.

Ditanya mengenai reaksi keluarga, Amir berkata, ibu bapanya faham apa yang dilakukan adalah tuntutan kerja.

“Saya tanya keluarga, mereka faham itu adalah kerja. Saya ingin jelaskan, babak itu hanyalah ‘cheat shoot’ (teknik kamera),” katanya.

Terdahulu tular potongan babak Amir, yang memegang watak Farid, dilihat meminta isterinya, Aileen lakonan Anna Jobling, pulang ke rumah kerana mendakwa dirinya sibuk bekerja.

Menerusi babak sama, penonton dikejutkan dengan kemunculan seorang wanita yang berada di bawah meja di pejabat Amir.

Amir seterusnya bangun dari kerusi sebelum membetulkan seluar dengan wajah ‘puas’. Potongan babak terbabit tular selepas dimuat naik netizen dalam TikTok sehingga dikecam hebat.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kes guru dicerai suami kerana ‘gagal bertukar’, KPM hentikan penempatan ‘paksa’ – Pakar Pendidikan

Polis buru samun ‘ala mafia’ di Klang [VIDEO]

Ini sebab mengapa MRSM dan SBP perlu dihadkan untuk tingkatan 4 dan 5 – Majlis Profesor Negara

Meerqeen, Anna kekal tersenarai 100 wajah terkacak, cantik di dunia

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker