Mahdzir, Ahmad Said boleh sertai kelab vateren UMNO
Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini menyaksikan beberapa nama besar menang manakala beberapa lagi kecundang di kerusi masing-masing.
Di Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari unggul mempertahankan DUN Sungai Tua apabila beliau meraih jumlah undi 10,038 dengan majoriti 2,953 menewaskan calon Perikatan Nasional (PN), Muhammad Hanif Jamaluddin dan Bebas, Suman Gopal.
Namun, Selangor juga menyaksikan tumbangnya beberapa nama besar mewakili PN seperti Hilman Idham dan Datuk Seri Rina Harun masing-masing di kerusi Gombak Setia dan Batu Tiga.
Di Negeri Sembilan, nama-nama besar menang di kawasan masing-masing ialah Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Hasan (Rantau), Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook (Chennah) dan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan, Datuk Seri Jalaluddin Alias (Pertang).
Di Pulau Pinang, Ketua Menteri, Chow Kon Yeow mempertahankan DUN Padang Kota serta bekas Ketua Menteri, Lim Guan Eng di Air Putih manakala Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican menang di kerusi DUN Bertam.
Parti Gerakan sekali lagi ditolak secara total oleh pengundi Cina di Pulau Pinang selepas kesemua 19 calon mereka tewas setakat pukul 9 malam ini.
Di Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor mempertahankan kerusinya di Jeneri.
Pemain bola sepak kebangsaan yang mewakili PN, Baddrol Bakhtiar mencipta sejarah apabila menang di Gurun serta bekas pensyarah, Haim Hilman di Jitra.
Bekas pemain bola sepak, Radhi Mat Din menewaskan Datuk Mahfuz Omar di Alor Mengkudu malah Pengerusi BN Kedah, Datuk Seri Mahdzir Khalid tewas di DUN Pedu.
Di Kelantan, Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob (Pasir Pekan) dan timbalannya, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah (Panchor) mempertahankan kerusi masing-masing.
Di Terengganu, bekas Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman (Seberang Takir) dan Datuk Seri Ahmad Said (Kijal) tewas di kerusi masing-masing mengikut pengiraan undi setakat pukul 9 malam tadi.
You must be logged in to post a comment.