Bella Astillah – Cantik Pun Kena Tinggal
Bella Astillah – Cantik Pun Kena Tinggal
Pelakon dan penyanyi, Bella Astillah menyifatkan kecantikan rupa paras seseorang itu tidak dapat menjamin kebahagian dalam rumah tangga.
Cantik untuk keyakinan diri
Menerusi laporan Harian Metro, Bella, 29, menyatakan bahawa kecantikkan seseorang wanita itu lebih kepada membentuk keyakinan pada diri sendiri.
Bella atau nama penuhnya Dayang Nabellah Awang Astillah akui dirinya menjaga penampilan bukan bertujuan untuk menunjuk kepada orang.
Baca Artikel Menarik:
Kalau nak cakap pasal dia ni cantik-cantik pun ramai saja (wanita) dengan Aliff, cantik-cantik pun kena tinggal. Tapi ianya terpulang kepada individu itu masing-masing.
Ada sahaja orang yang saya kenal, jenis tak bersiap, hanya jaga anak tapi suami dia tetap sayang. Jadinya masalah dalam rumah tangga ini tidak tertakluk pada kecantikan atau keperibadian seseorang.
Soal curang
Apabila ditanya mengenai kes curang, Bella menyatakan hal ini tidak boleh dijangka.
Katanya lagi, isu curang dalam rumah tangga berlaku pada sesiapa sahaja dan ianya berbalik kepada individu itu sendiri untuk melayan atau tidak.
Baca Artikel Menarik:
Prestasi memuaskan punca kontrak Azam Baki dan Idrus Harun disambung
Dalam soal curang ini, bukan terarah kepada lelaki sahaja. Wanita atau lelaki, dua-dua boleh curang. Cuma, untuk mengelaknya saya percaya jangan memberi ruang seperti kita bagi respon yang nampak okay.
Sumber: Harian Metro
Baca Artikel Menarik:
‘Baru Nak Berangan Hot, Baju Pula Tersumbat Celah Montot’ – Zarina Anjoulie [VIDEO]
You must be logged in to post a comment.