Malaysia hanya boleh diselamatkan dengan Pengampunan DiRaja Najib

Pelabur akan mula membanjiri Malaysia sekiranya Najib berjaya mendapat Pengampunan DiRaja.

Oleh Norzahira

KETIKA Datuk Seri Najib Tun Razak menjadi Perdana Menteri, Malaysia menjadi antara negara terhebat di Asia Tenggara. Namun setelah Pakatan Harapan 1.0 merampas tampuk pemerintahan daripada kerajaan Barisan Nasional, segala-galanya berubah 180 darjah.

Tiba-tiba kedudukan Malaysia jatuh merudum. Malah negara seperti Indonesia, Vietnam dan sebagainya memintas Malaysia dengan laju apabila para pelabur lari lintang pukang dari negara kita beralih ke negara lain.

Mereka langsung tidak percaya pada kredibiliti kerajaan Pakatan Harapan (PH), Perikatan Nasional (PN), kerajaan Keluarga Malaysia dan kerajaan Perpaduan. Bagi para pelabur, hanya Najib yang mampu pulihkan ekonomi negara untuk berada ditahap terbaik dan paling stabil dari segi politik.

Oleh itu, sebenarnya permohonan Pengampunan DiRaja Najib mempunyai impak yang sangat besar pada negara.

Pelabur akan mula membanjiri Malaysia sekiranya Najib berjaya mendapat Pengampunan DiRaja. Pelaburan asing, pasaran saham kita dan pertumbuhan ekonomi berada pada tahap tertinggi ketika Najib jadi Perdana Menteri walaupun terpalit dengan kemuncak kontroversi 1MDB pada tahun 2015, 2016 dan 2017.

Sebagaimana yang kita tahu, kemenangan besar Barisan Nasional dalam PRN Melaka dan PRN Johor dicetuskan oleh gelombang Bossku. Jika Najib dibebaskan sebelum PRN 6 negeri, kerajaan Perpaduan bakal menang besar. Perkara ini sudah tentu sangat digeruni PN. Oleh itu, PN dilihat sedang menggerakkan jentera untuk menghalang kelulusan permohonan Pengampunan DiRaja Najib. Mereka tahu, jika Najib bebas maka PN akan kalah teruk.

Tambahan pula, seperti yang diumumkan oleh kerajaan baru-baru ini di parlimen, kita telah mendapat semula semua wang yang dianggap hilang daripada 1MDB.

Terima kasih pada Najib, melalui 1MDB, Najib selesaikan perjanjian IPP berat sebelah yang ditinggalkan oleh Mahathir. IPP yang menyebabkan negara kerugian sebanyak RM16 billion setahun kepada kroni pengeluar kuasa tenaga.

Selain itu, baki aset 1MDB seperti projek TRX, projek Bandar Malaysia, tanah Pulau Pinang dan tanah Pulau Indah berkemungkinan akan menghasilkan keuntungan bersih sekurang-kurangnya RM50 bilion selepas pembayaran semua faedah menjelang akhir tahun 2039 apabila baki RM5 billion pinjaman 1MDB dibayar balik.

Generasi masa depan kita tidak menanggung kerugian 1MDB tetapi sebenarnya mereka telah mendapat keuntungan yang besar daripada penghapusan IPP yang berat sebelah dan akan terus mendapat keuntungan yang besar apabila baki projek 1MDB selesai.

Moga Najib berjaya mendapat Pengampunan DiRaja secepat mungkin untuk selamatkan negara dari semua masalah ekonomi dan demi kestabilan politik.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker