Elizabeth Tan Mohon Maaf Terlanggar PM Anwar Ibrahim [VIDEO]

Cetus Perdebatan Netizen!

Elizabeth Tan Mohon Maaf Terlanggar PM Anwar Ibrahim

Elizabeth Tan Mohon Maaf Terlanggar PM Anwar Ibrahim

Umum mengetahyu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sempat meluangkan masa dengan menghadiri Majlis Berbuka Puasa bersama pengamal media serta meraikan penggiat seni, baru-baru ini di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL).

“Excited Sangat Dapat Jumpa Datuk Seri Anwar Ibrahim Sampai…”

Turut hadir, pelakon dan penyanyi, Elizabeth Tan atau lebih mesra disapa sebagai Lizzy menerusi hantaran di Instagram yang berkongsi rasa teruja dapat bertemu dengan Perdana Menteri sehingga berlaku insiden yang tidak disengajakan, apabila Lizzy terlanggar PM ketika beliau sedang bersalaman dengan tetamu yang hadir.

“Excited sangat dapat jumpa Datuk Seri Anwar Ibrahim sampai i terlanggar dia omg. I’m so sorry 😅🤣😭.”-tulis Elizabeth

 

Cetus Perdebatan Netizen

 

Elizabeth Tan Mohon Maaf Terlanggar PM Anwar Ibrahim

Namun, di ruangan komen, rata-rata netizen mula berdebat mempersoalkan salah siapa yang berlanggar sesama sendiri di majlis puasa berkenaan. Malah, ada yang menitipkan pesanan agar Lizzy memadam video yang dikongsi di Instagram untuk mengelakkan dari menjadi bahan permainan politik.

 

 

“Ramai yang komen mengurangkan pahala  puasa masing-masing ek. Dah terang-terang Lizzy ni yang tak perasan DSAI nak salam orang. Masing-masing kalau bab nak memfitnah ke apa memang laju.”

“Siapa yang langgar siapa ni? Kat TikTok macam PMX yang langgar.”

“Padahal dah nampak saja buat-buat nak langgar.”

“Harap padam video ni. Nanti jadi bahan politik. Kesian lah kat PMX. Kena fitnah hari-hari.”

“Macam tak sopan buat macam tu Lizzy.”

“Takkanlah bodyguard kat depan tak halang hahaha.”

Elizabeth Tan Mohon Maaf Terlanggar PM Anwar Ibrahim

Elizabeth Tan Mohon Maaf Terlanggar PM Anwar Ibrahim

 

Baca Artikel Menarik:

Ibu tak fail cerai – Syada Amzah

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker