Isu Palestin, OIC adakan mesyuarat tergempar

Isu Palestin : OIC adakan mesyuarat tergempar

Isu Palestin : Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) akan mengadakan mesyuarat tergempar terbuka secara maya esok untuk membincangkan pencerobohan Israel di wilayah Palestin.

Perkara ini diumumkan oleh Menteri Luar Negeri Hishammuddin Hussein hari ini.

“Malaysia yang sentiasa menyokong padu perjuangan Palestin dan rakyatnya akan menyertai mesyuarat ini di mana saya sendiri selaku Menteri Luar Negeri akan mewakili negara dan Kerajaan.

“Saya akan mengambil kesempatan menerusi pertemuan esok bagi menyampaikan pendirian tegas dan tidak berbelah bahagi Malaysia mengenai perkara ini kepada OIC.

“Saya juga akan menyuarakan gesaan Malaysia agar OIC mengambil tindakan lebih tegas dan melaksanakan usaha semaksimum mungkin demi melindungi rakyat Palestin daripada keganasan Israel,” katanya.

Azmin Ali Disiasat Polis Putrajaya

Tambah Hishammuddin, dia selalu berhubung dengan rakan sejawatannya dari Indonesia dan Brunei untuk mencapai kata sepakat di antara negara-negara Muslim Asia Tenggara mengenai Palestin.

“Secara kolektif, kami bertiga mengecam sekeras-kerasnya serangan tentera penjajah Isreal terhadap rakyat Palestin dan mahu Israel hentikan serta merta tindakan pencerobohan di seluruh wilayah Palestin,” katanya.

Isu Palestin, OIC adakan mesyuarat tergempar

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker