Linda Onn lancar Onns FM

Linda Onn lancar Onns FM

Bekas penyampai radio Suria FM, Linda Onn sanggup berbelanja lebih RM10,000 demi membina konti radio sendirinya di rumah yang dinamakan Onns FM.

Linda atau nama sebenarnya Rozlindah Onn, 46, berkata, perbelanjaan itu merangkumi peralatan wajib untuk bersiaran di TikTok dan 100 peratus penyediaannya dilakukan sendiri.

“Dulu pergi (konti), semua sudah siap, cuma perlu tolak suis saja. Bila buat sendiri, terus-terang yang tak pandai bidang ini, susah. Untuk misalnya jurutera bunyi, perkara ini ‘kacang’.

“Tapi saya boleh kata saya bangga dengan pencapaian ini walaupun tak boleh ‘setup’ 100 peratus alat-alatan hebat. Daripada segi kos, kamera, pencahayaan, monitor, wifi memang sudah ada.

“Yang saya keluar duit untuk ‘switcher’ sekitar RM8,000, pengadun lebih RM1,000, serta kena beli kabel, wayar dan lampu,” katanya.

Menurut Linda, idea itu tercetus kerana perasaannya membuak-buak mahu kembali berinteraksi bersama pendengar secara ‘live’.

“Terlalu banyak platform yang boleh hubungkan penyampai kepada pendengar atau penonton. Media sosial pula keluar macam-macam contoh ‘podcast’. Saya pun nak jadikan Onns FM sebagai radio putar lagu, ‘podcast’ dan jual barang.

“Saya juga akan jemput rakan-rakan lain seperti Kudsia Kahar, Halim Othman, Tyzo, sekiranya ada topik yang menarik untuk dikupas,” katanya.

Linda juga ada hasrat untuk memperluas capaian Onns FM ke platform selain TikTok.

Katanya buat masa sekarang celotehnya boleh didengar setiap jam 5 petang ke atas.

“Ikutkan peralatan saya ada sekarang, boleh ‘live’ terus kepada dua atau tiga platform serentak. Tapi sebabkan buat sendiri, sayalah penerbit, jurukamera, teknikal, muzik eksekutif, pengarah, penyampai, buat masa ini siar di TikTok dululah,” katanya.

Linda yang pernah menangi trofi Penyampai Radio Wanita Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) juga tidak pernah tutup buku untuk kembali menjadi penyampai di radio arus perdana.

“Kalau stesen radio panggil, memang susah nak tolak. Baru beberapa bulan lalu, Era panggil untuk Petang Di Era dan saya diberitahu segmen bersama Halim, Hanif dan Ray terus jadi nombor satu.

“Itu yang bikin rasa membuak-buak untuk kembali. Tapi itulah sekarang radio pun cukup dengan penyampai mereka kot. Kalau ada ruang, saya pergi. Kalau tiada, tidak mengapa, saya buat radio sendiri,” katanya. HM

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Aksi lucah, Siskaeee mengakui sakit mental

Durian Thai ‘so’ lemah, Malaysia lagi sedap – Tara Choi (Video)

Peniaga putu bambu menang RM1 juta, BMW X5

Kediaman Najib lengang tanpa penghuni

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker