Menu Rakyat 1Malaysia, BR1M, GST dan Melaka Gateway yang didakwa tidak baik untuk negara kini jadi panduan

tiba-tiba jadi baik untuk negara pula

Oleh Norzahira

MASIHKAH anda ingat bagaimana kerajaan Najib Razak menjadi bahan kecaman pembangkang sebelum Pilihan Raya Umum ke 14. Apa sahaja wadah yang dibawa oleh beliau ditentang habis-habisan walaupun ianya memberi manfaat yang sangat besar pada rakyat dan negara.

Menu Rakyat 1Malaysia, rasionalisasi subsidi, BR1M, GST dan juga projek Melaka Gateway apabila dilaksanakan oleh kerajaan Najib, pembangkang cemoh sebagai tidak baik kepada negara.

Ironinya memandangkan sekarang ia tidak lagi di bawah Najib, perkara yang tersebut tiba-tiba menjadi baik untuk negara.

Pembinaan terminal pelayaran bagi projek Melaka Gateway di Pulau Melaka di sini berkemungkinan akan dihidupkan semula, kata Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook.

Memetik sumber, Anthony Loke mahu projek Melaka Gateway khususnya bahagian terminal pelayaran antarabangsa, disiapkan. Beliau menegaskan adalah satu kerugian kepada ekonomi negeri Melaka jika ia terbengkalai memandangkan 50% daripada kerja-kerja penambakan telah pun dilakukan.

Projek Melaka Gateway bernilai RM40b dilancarkan Najib pada 2014 namun diserang tanpa henti oleh PH. Malah ianya merupakan bahan isu PRU14 yang dijuarai PH.

Selepas memenangi PRU14, PH terus menyerang projek tersebut.
Pada mulanya, kerajaan negeri PH menggantung projek itu untuk semakan.

Kemudian Kementerian Pengangkutan yang juga di bawah Anthony Loke membatalkan lesen operasi untuk pelabuhan tersebut. Perkara tersebut menyebabkan para pelabur lari. Itu antara punca pembangunan projek menjadi perlahan dan terhenti. Kesannya kerajaan negeri Melaka membatalkan hak penambakan pada tahun 2020.

Projek itu telah dihidupkan semula pada Mac 2022 tahun lepas selepas BN menang besar dan menguasai semula sepenuhnya kerajaan negeri pada pilihan raya negeri akhir 2021.

Kini Anthony Loke yang berada dalam kerajaan Perpaduan mahu memastikan projek itu siap kerana kini beliau sedar ia adalah projek yang baik untuk ekonomi negeri walaupun pada mulanya beliau yang membatalkan lesen operasi untuk pelabuhan projek Melaka Gateway.

Kini rakyat faham bahawa segala bantahan yang dibuat oleh pembangkang ketika kerajaan Najib memerintah hanyalah bermotifkan politik semata-mata. Polisi dan perancangan Najib antara yang terbaik pernah dilaksanakan di Malaysia.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker