5 pekerja hotel maut akibat kabel lif terputus

5 pekerja hotel maut akibat kabel lif terputus

BALI: Lima pekerja hotel di pulau peranginan Bali, Indonesia maut pada Jumaat lalu selepas kabel lif yang mereka naiki terputus dan terjunam ke dalam jurang, lapor media Indonesia.

Tragedi berlaku kira-kira jam 1 tengah hari di Ayuterra Resort di daerah Ubud, ketika mereka menaiki lif kaca yang berada di luar bangunan.

Mangsa termasuk dua lelaki dan tiga wanita itu masuk ke dalam lif kaca hotel berkenaan yang berada di sebuah cerun 35 darjah, apabila kabel keluli yang menariknya secara tiba-tiba gagal berfungsi, menyebabkan lif berkenaan terjunam dalam jurang 100 meter.

Kesemua mangsa daripada bahagian mengemas bilik itu dikenali sebagai Sang Putu Bayu Adi Krisna, 19; Wayan Aries Setiawan, 23; Ni Luh Superningsih, 20; Kadek Hardiyanti, 24, dan Kadek Yanti Pradewi, 19.

Seorang tukang masak di hotel berkenaan, Ketut Suwiarta, berkata dia terdengar bunyi jeritan sejurus selepas lima orang memasuki lif, diikuti bunyi terhempas.

Dia melihat kabel terputus dan bergegas membantu mangsa, serta menghubungi pihak berkuasa.

Tiga daripada mangsa dikatakan masih bernyawa dan dikejarkan ke hospital berhampiran, sebelum dilaporkan meninggal dunia tidak lama selepas itu.

Ketua Polis Ubud, Made Uder, berkata polis sedang meneliti punca kabel itu terputus dan siasatan awal menunjukkan bahawa kabel itu putus kerana lif terlalu berat.

“Kemungkinan kabel keluli tidak cukup kuat untuk menarik beban atau brek tidak berfungsi,” katanya, yang dipetik agensi berita Tribune News.

Polis juga sedang meneliti kemungkinan kecuaian dan jika kejadian itu disebabkan oleh kecuaian penyelenggaraan.

Pemilik resort, Linggawati Utomo, mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa.

“Segala kos untuk upacara pengebumian dan akan ditanggung oleh kami. Kami juga akan memberi pampasan kepada keluarga,” katanya. BH

5 pekerja hotel maut akibat kabel lif terputus

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Ustaz Syamsul Debat bikin kecoh di pentas Sepahtu Reunion (Video)

Puteri Sarah pilih pelakon Indonesia?

Janna Nick diurut Shukri, netizen naik berbulu

‘Tangan Fasha digenggam, pinggang dirangkul ‘anak ikan’

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker