Sekadar bersetuju dengan keputusan Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan – Lim Sian See
Najib dinafikan perbicaraan yang adil
Oleh Norzahira
DATUK Seri Najib Tun Razak dinafikan perbicaraan yang adil. Rakyat melihat bagaimana Najib dianiaya oleh musuh-musuh politik beliau. Perbicaraan yang telah berjalan juga mengundang kegusaran dihati rakyat bagaimana seorang bekas Perdana Menteri yang banyak berjaya kepada rakyat diperlakukan sedemikian.
Pada 23 Ogos 2023, Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan dan hukuman terbabit terhadap Najib.
Memetik hantaran Lim Sian See di laman Facebook beliau, Lim Sian See mempertikaikan bagaimana keputusan dibuat berdasarkan kepada keputusan Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan tanpa menilai satu persatu penghujahan 94 alasan bertulis yang diberi oleh pihak pembelaan.
Dalam keseluruhan 14 muka surat penghakiman bertulis mahkamah Persekutuan, terdapat hanya 2 1/2 muka surat tentang merit kes SRC di mana mereka hanya berkata mereka bersetuju dengan keputusan Mahkamah Tinggi dan mahkamah Rayuan tanpa menyatakan mengapa mereka bersetuju dan mengapa 94 alasan itu. yang diberikan oleh peguam Najib tidak boleh diterima.
Dalam 2 1/2 muka surat ini, terdapat 12 perenggan bernombor – 3 adalah pendahuluan, 5 menyebut hujah responden dan 4 perenggan terdiri daripada keputusan Mahkamah.
Jadi.. mahkamah Persekutuan di bawah Maimun hanya menggunakan 4 perenggan untuk menjelaskan 94 alasan rayuan Najib.
Ya, hanya 4 perenggan pada dasarnya tidak banyak untuk mewajarkan menghantar seseorang ke penjara selama 12 tahun.
Mahkamah Persekutuan tidak pernah menangani sebarang alasan rayuan, sama ada secara langsung atau mempertimbangkannya secara inferens.
Dalam rayuan anda tidak dimaksudkan untuk hanya bersetuju atau tidak bersetuju dengan mahkamah rendah. Anda mesti mendengar semula isu dan menganalisis perkara secara individu dan bukannya bersetuju.Lebih luar biasa, keseluruhan penghakiman itu bocor walaupun sebelum pendakwa selesai mengemukakan dan sebelum pembelaan mula mengemukakannya – yang bermaksud bahawa ia sudah pun ditulis beberapa hari sebelum itu, keseluruhan prosiding Mahkamah Persekutuan dalam beberapa hari terakhir benar-benar tidak penting.
Link 14 mukasurat penghakiman bertulis Mahkamah Persekutuan
Semalam, Peguam bela Datuk Seri Najib Razak, Peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdulla dalam prosiding semakan kes penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd menegaskan Mahkamah Persekutuan gagal menimbangkan 94 alasan dalam penghakimannya ketika menolak rayuan akhir Najib tahun lalu.
Beliau menegaskan peguam Datuk Hisyam Teh Poh Teik tidak diberi peluang untuk menghujahkan 94 alasan rayuan dikemukakan Najib, sekali gus penghakiman rayuan akhir pada 23 Ogos tahun lalu dibuat hanya berdasarkan hujahan sebelah pihak sahaja.
Oleh itu, rayuan akhir Najib sebenarnya tidak pernah didengar panel lima hakim Mahkamah Persekutuan yang dipengerusikan Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat dan ia menyebabkan ketidakadilan kepada Najib.
Berkenaan peguam Najib, Hisyam, beliau tidak pernah menolak untuk berhujah tetapi beliau memerlukan masa. Masalah timbul apabila mahkamah tidak membenarkan penangguhan. Ini menyebabkan beliau mahu menarik diri tetapi gagal memandangkan mahkamah mengarahkannya kekal mewakili Najib.
Apa yang berlaku melanggar hak asasi manusia dan Perlembagaan Malaysia. Mahkamah hanya menjemput pendakwa berhujah dan ini adalah satu kesilapan besar. Kesalahan pertama apabila peguam tidak mengemukakan hujahan, yang kedua dengan meneruskan prosiding dan membuat keputusan berdasarkan hujahan pendakwaan sahaja, menurut Shafee Abdullah.
Oleh itu, sewajarnya lah permohonan semakan kes SRC dibenarkan bagi mengetepikan sabitan dan hukuman penjara 12 tahun serta denda RM210 juta yang diputuskan Mahkamah Persekutuan.