Engkau laknatilah mereka serta orang yang bersubahat dengan mereka – Najib

Oleh Norzahira

Sekiranya aku berdusta di atas sumpahku ini, maka Ya Allah halal laknatMu ke atas diriku. Sebaliknya jika semua ini adalah fitnah yang telah dirancang oleh musuh-musuh politikku, maka Ya Allah aku bermohon sesungguhnya kepadaMu agar Engkau laknatilah mereka serta orang yang bersubahat dengan mereka.- Najib lafaz sumpah laknat

KITA sentiasa diingatkan agar tidak mempermainkan sumpah kerana ianya sangat relevan dengan pengucapan terutama apabila ianya melibatkan atas nama Allah s.w.t.



Bagi pemimpin yang dianiaya dengan konspirasi tahap tinggi seperti Datuk Seri Najib Tun Razak, beliau berani tampil melafazkan sumpah Mubahalah tersebut bagi membersihkan nama baik beliau.

Sebenarnya kita sudah nampak satu persatu kesan dari sumpahan tersebut berlaku di Malaysia. Dalam masa lima tahun sejak 2018, negara mendapat empat Perdana Menteri. Keadaan ekonomi merudum dengan sangat teruk.

Mereka yang memfitnah Najib sedang menghadapi siasatan berskala besar rasuah yang melibatkan bekas PM, bekas Menteri Kewangan dan anak menantu serta kroni-kroni mereka.

Najib melafazkan sumpah laknat di Masjid Kampung Baru pada 21 Ogos 2022, menafikan pembabitannya berhubung kes penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd (SRC).



Dalam sumpah laknat itu, Najib memaklumkan bahawa beliau tidak pernah mengetahui secara khusus atau sebaliknya bahawa dana sebanyak RM42 juta itu, datangnya daripada syarikat SRC secara langsung atau tidak, sehingga kini.

“Kedua, aku tidak pernah menerbitkan atau bersetuju untuk mewujudkan syarikat SRC untuk tujuan merangkumkan apa-apa dana bagi tujuan peribadi atau keluargaku.

“Ketiga, aku tidak pernah mengarahkan mana-mana anggota pengarah atau mana-mana pegawai SRC untuk menyelewengkan apa-apa dana syarikat SRC ke dalam akaun bank aku untuk apa-apa tujuan.

“Keempat, aku tidak pernah terlibat dalam mesyuarat Kabinet untuk meluluskan jaminan-jaminan kerajaan bagi pinjaman Kumpulan Wang Persaraan Diperbadankan (KWAP) sebanyak RM4 billion kepada syarikat SRC bagi tujuan aku mendapatkan habuan haram sebanyak RM42 juta tersebut,”

4 lafaz sumpah secara spesifik diucapkan oleh Najib.

Rakyat tahu Najib dianiaya dan dinafikan perbicaraan yang adil. Tanggal 20 Februari 2023 amat dinantikan memandangkan semakan Najib terhadap keputusan Mahkamah Persekutuan memenjarakan beliau akan bersambung pada tarikh tersebut.Semakan ini untuk melihat jika ada perlanggaran etika dalam keputusan kes SRC.

Najib sepatutnya dibebaskan memandangkan Maimon dikatakan melanggar peraturan yang tidak membenarkan peguam Najib untuk menarik diri dari mewakili beliau. Tarikh 20hb ini sepatutnya Najib dibebaskan dan digugurkan kes atau dihantar semula ke mahkamah tinggi untuk “retrial”.



Sekiranya mahkamah teruskan apa yang dirancang terhadap Najib, Kerajaan Madani harus dipertanggung jawapkan. Anwar Ibrahim perlu menjawab jika terus membenarkan perkara ini berterusan.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker