Pemimpin gilakan kuasa sanggup berkonspirasi penjarakan Najib
Oleh Norzahira
SEJAK kerajaan Barisan Nasional ditumbangkan dalam Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU14), politik Malaysia berada dalam keadaan huru-hara, ekonomi negara merudum dengan teruk dan kehidupan rakyat kucar-kacir.
Jika kita bersyukur dengan nikmat Allah s.w.t, insyaallah Dia akan menambahkan rezeki buat kita. Namun apabila kita kufur dengan nikmat Allah maka kemakmuran, kebahagiaan dan kesenangan yang dimiliki akan hilang dalam sekelip mata.
Itulah yang telah terjadi pada negara kita Malaysia. Sejak Najib dijatuhkan, Malaysia telah ada 4 Perdana Menteri dalam masa 5 tahun (2018-2023).
Sebagaimana yang kita tahu Najib telah dianiaya oleh para pemimpin yang gilakan kuasa sehingga sanggup berkonspirasi memenjarakan beliau. Bagi membuktikan diri beliau tidak bersalah dan dianiaya, Najib telah melafazkan “sumpah laknat” yang kita dapat lihat kesannya satu persatu ketika ini.
Empat PM dalam masa lima tahun bukan perkara biasa.
Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah turut menzahirkan harapan supaya pentadbiran PM ke-10, Anwar Ibrahim yang terakhir sebelum baginda menamatkan tugas dan kembali ke Pahang, pada 30 Januari tahun depan.
Bukan rakyat sahaja yang sudah letih, DYMM YDP Agong pun sudah letih dengan kemelut politik dalam negara kita. Malaysia tukar PM macam tukar baju.
Kemakmuran yang kita kecapi ketika Najib jadi PM, hilang sekelip mata. Allah swt kurniakan pada kita seorang insan yang luar biasa hebatnya yang bernama Najib Razak, namun beliau dipenjarakan demi nafsu serakah pemimpin-pemimpin yang gilakan kuasa. Mereka sanggup berkonspirasi memenjarakan Najib Razak. Kini rakyat jadi mangsa.
Semakan Najib Razak terhadap keputusan Mahkamah Persekutuan memenjarakan beliau akan bersambung pada 20 februari 2023.Semakan ini untuk melihat jika ada perlanggaran etika dalam keputusan kes SRC.
Najib sepatutnya dibebaskan memandangkan Maimon dikatakan melanggar peraturan yang tidak membenarkan peguam Najib untuk menarik diri dari mewakili beliau. Tarikh 20hb ini sepatutnya Najib dibebaskan dan digugurkan kes atau dihantar semula ke mahkamah tinggi untuk “retrial”.
Sekiranya mahkamah teruskan apa yang dirancang terhadap Najib, Kerajaan Madani harus dipertanggung jawapkan. Anwar Ibrahim perlu menjawab jika terus membenarkan perkara ini berterusan.
Ini merupakan titik perubahan yang menjadi perhatian rakyat dan masyarakat antarabangsa. Mampukah Anwar menghapuskan dominasi kuasa Mahathir dan Muhyiddin dalam sistem perundangan negara?
You must be logged in to post a comment.