Remy seronok jadi kejam, rela dibenci

Remy seronok jadi kejam, rela dibenci

MEMEGANG watak seorang lelaki yang berkahwin tanpa rasa cinta sehingga membentuk keperibadiannya menjadi suami kejam terhadap isteri dan anak sendiri, sebenarnya satu ‘bebanan’ yang cukup berat untuk Remy Ishak.

Selepas setahun berehat daripada terlibat dengan lakonan layar televisyen, Remy kembali menawan perhatian peminat dengan kemunculan menerusi drama bersiri terbaharu berjudul Jangan Menangis Cinta.



Drama adaptasi daripada novel berjudul sama hasil tulisan novelis terkenal Siti Rosmizah tersebut menampilkan persandingan semula Remy dengan aktres popular Amyra Rosli dalam satu skrin selepas hampir sedekad tidak berkongsi lokasi penggambaran.

Remy memegang watak sebagai Zafran Zahim yang mengambil keputusan mengahwini Riyana (Amyra), bekas tunang kepada abang kandungnya. Ketika itu Zafran baru ditinggalkan tunang sendiri, Dina.

Pernikahan tanpa cinta yang kemudian sempat menjalin bahagia sementara, pergolakan mula tercetus dalam hidup Zafran dan Riyana apabila anak mereka, Cinta Aryana dilahirkan tidak sempurna tanpa sebelah kaki sehingga membuatkan lelaki itu membenci benih sendiri.

Jangkaan Remy, watak Zafran akan membuatkan dirinya kelak dibenci penonton, namun itulah yang paling dinanti-nantikan.



“Saya keluar drama setahun sekali sahaja. Jadi, kalau boleh, saya nak drama ini jadi fenomena. Cerita ini ada banyak pengajaran untuk setiap karakter yang dibangunkan.

“Saya dapat rasa orang akan benci Zafran. Kalau dahulu, saya pergi ke bazar Ramadan, orang akan beri kuih percuma. Tapi kali ini, saya risau kalau orang baling kuih pada muka sebab bencikan Zafran,” seloroh Remy.


REMY ISHAK reda jika belum dikurniakan rezeki menimang cahaya mata dalam masa terdekat kerana bimbang terkena kenan watak suami kejam.

Penat marah



Menyaksikan penyatuan semula Remy bersama Amyra selepas drama Ku Cinta Kau Seorang (2013), Jangan Menangis Cinta ternyata membuatkan ramai peminat setia kedua-dua pelakon itu cukup teruja melihat keserasian mereka dalam layar televisyen.

Mudah mencipta ‘kimia’ memandangkan pernah bekerjasama sebelum ini, namun Remy mengakui tetap melalui cabaran tersendiri biarpun penggambaran belum tamat.

“Kami tak habis ‘shooting’ lagi, tapi bagi saya, penat marah-marah dalam hidup. Bila nak marah orang, suara kena tinggi kemudian bergaduh.

“Cuma apa yang saya suka tentang drama ini, saya dan Amyra mewakili suami isteri yang sentiasa bergaduh. Itu yang seronok tapi saya tak nafikan sangat mencabar emosi,” jelas Remy.




KALI terakhir bekerjasama pada 2013, gandingan Remy dan Amyra selaku suami isteri dalam Jangan Menangis Cinta menjanjikan konflik keluarga yang sarat babak mendebarkan.

Penat tetapi tidak bermakna pelakon yang digelar Hero Pujaan Malaya itu mahu berhenti atau berehat seketika daripada menerima tawaran watak sebegitu.

Jelas Remy, itulah cabaran dan proses yang harus dilalui buat seorang pelakon.

“Bukan tak suka dengan watak begini tapi sebenarnya lebih kepada seronok. Lagipun bagi seorang pelakon, ini adalah sesuatu yang normal kerana menjadi sebahagian daripada proses karier.



“Penat memang penat tapi itu cuma satu cabaran. Saya suka dengan watak yang diberikan dan tak ada maksud nak berhenti terima tawaran sebegini atau cari watak yang lebih relaks,” jelasnya.

Drama Jangan Menangis Cinta mula bersiaran pada 21 Mac (hari ini) menerusi saluran Astro Ria setiap Isnin hingga Khamis pada pukul 10 malam.

Naskhah arahan Raja Mukhriz Raja Ahmad Kamarudin berkenaan turut menampilkan pelakon Rita Nadira sebagai Dina dan Halim Radzi selaku abang kepada Zafran bernama Hariz.

Watak kolej vs umur



Jika naskhah luar negara khususnya K-drama seperti dari Korea Selatan, pertikaian tentang babak zaman persekolahan atau kolej yang dijayakan watak utama jarang timbul memandangkan rupa paras para pelakonnya yang ‘awet muda’, sekali gus menjadikan paparan tersebut seperti realiti.

Namun, lain halnya dengan dunia sinema Melayu kerana penonton asyik mencari silap dan seperti ada yang tidak kena sekiranya pelakon utama yang berusia menjayakan watak pelajar sekolah atau kolej.

Ditebak tentang isu tersebut, Remy mengakui watak Zafran ketika zaman kolej sangat berat untuk dipikulnya pada usia 40 tahun. Energinya sekarang sudah tidak seperti zaman muda.

“Tetapi itulah cabarannya sebagai seorang pelakon. Saya sudah berusia tetapi ada kostum dan pakaian membantu meremajakan saya.

“Cuma dari segi energi, saya akui agak penat. Sebab makan masa untuk selesaikan sesuatu babak.

“Malah, emosi juga terkesan sebab ada buat pertukaran dari satu babak ke babak yang lain, contohnya selepas marah-marah, kemudian kena buat babak manis-manis zaman kolej. Macam ‘roller coaster’,” ujar Remy.

Menjawab soal kecaman, aktor berkulit hitam manis itu enggan ambil pusing. Baginya, tiada satu pun hal boleh dilakukan dalam hidup ini andainya asyik mendengar kritikan orang.

“Kalau orang cakap tak sesuai saya bawa watak pelajar kolej, sebenarnya saya nampak muda dalam drama ini.

“Kecaman itu ada tak kira apa saja perkara yang kita lakukan. Jadi, kalau nak fikir kecaman, apa pun tak boleh ‘jalan’ dalam hidup ini.

“Saya positif ambil setiap yang orang cakap tapi tak fikir sangat. Kami cuma buat yang terbaik sebagai pelakon. Lagipun kami tak boleh puaskan hati semua orang,” jawabnya panjang lebar.
K Online

Remy seronok jadi kejam, rela dibenci


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


TERKINI: Komando GGK patahkan cubaan ‘pengganas’ tawan stesen MRT Cheras

Finalis Ratu Cantik Dikritik Kerana Posting Rasis

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker