Michelle Yeoh balik Ipoh

Yeoh dan keluarga berkumpul sambil menikmati pelbagai makanan.

BINTANG Hollywood kelahiran Malaysia, Tan Sri Michelle Yeoh berkongsi kegembiraannya selepas berpeluang pulang ke kampung halamannya di Ipoh, Perak.

Menerusi hantaran di Instagramnya, Yeoh yang juga pemenang trofi Pelakon Wanita Terbaik, Anugerah Akademi (Oscar) pada Mac lalu itu kini sedang meluangkan masa berharga bersama keluarganya.

“Ipoh. Sayang ibu dan semestinya dia (ibu) memberi saya makan. Dan juga adik-beradik saya,” katanya yang turut berkongsi beberapa keping gambarnya melakukan aktiviti termasuklah menikmati pelbagai juadah dan berkumpul bersama ahli keluarga lain.

Meninjau ruangan komen dalam hantaran terbaharu Yeoh itu, rata-rata pengikutnya turut menzahirkan keterujaan dengan kepulangan selebriti antarabangsa berkenaan.

Yeoh berkongsi gambarnya menikmati pelbagai juadah.
Yeoh berkongsi gambarnya menikmati pelbagai juadah.

 

Sinar Harian pada Julai lalu melaporkan Yeoh selamat bergelar isteri kepada bekas ketua pegawai eksekutif Ferrari iaitu Jean Todt setelah 19 tahun mengikat tali pertunangan.

Pasangan itu melangsungkan perkahwinan dalam satu majlis yang diadakan secara tertutup di Geneva, Switzerland.

Yeoh yang sukses dengan watak Evelyn Wang menerusi filem Everything Everywhere All at Once sehingga dianggap sebagai aktres Asia paling berjaya dan berpengaruh.

Bintang kelahiran Malaysia itu juga pernah berkahwin dengan ahli perniagaan dari Hong Kong, Dickson Poon pada 1988, bagaimanapun berpisah pada 1991.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Ustaz Azhar Idrus hentam Abang Tesla

Jangan jolok sarang tebuan – Puteri Sarah

Termuntah tengok video Abang Tesla – Ridhuan Tee

Diana Danielle jawab isu ‘buat’ hidung

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker