Mahathir Muhyiddin Cuai dan lakukan penyelewengan Tangguhkan Projek HSR KL-Singapura

Oleh Norzahira

ISU pembatalan projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) antara Malaysia dan Singapura benar-benar menguris hati rakyat Malaysia. Idea hebat ini cetusan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah disabotaj oleh Mantan Perdana Menteri Malaysia, Dr Mahathir Mohamad dan Muhyiddin Yassin.

Setiap kali rakyat Malaysia melihat Kereta Api Berkelajuan Tinggi di Indonesia yang menghubungkan Jakarta dan Bandung, hati mereka bagai dihiris sembilu. Ketika itu Indonesia hanya meniru idea hebat Najib untuk menjadikan negara mereka lebih hebat dari Malaysia memandangkan Mahathir dan Muhyiddin cenderung merosakkan segala projek berimpak tinggi semata-mata mahu memusnahkan legasi Najib.

Oleh itu, memang tepat pada masanya Mahathir dan Muhyiddin diheret ke mahkamah berhubung pembatalan projek HSR Malaysia Singapura.
Warga Malaysia Mohd Hatta Sanuri memfailkan writ saman menyasarkan kedua-dua mantan perdana menteri itu dan tiga yang lain bagi memulihkan projek tersebut serta menuntut mereka membayar pampasan RM1 juta (S$308,438) kepada setiap warga Malaysia.

Mohd Hatta Sanuri mendakwa Mahathir cuai dan melakukan kesalahan penyelewengan dalam jawatan awam apabila perdana menteri ketika itu membuat keputusan untuk menangguhkan projek HSR pada 5 Sept 2018, yang didakwa mengakibatkan Malaysia membayar pampasan RM46 juta kepada Singapura pada 31 Jan, 2019.

Beliau juga mendakwa Muhyiddin, turut melakukan kecuaian dan penyelewengan dalam jawatan awam, sebagai perdana menteri ketika itu, dengan menamatkan projek HSR pada 31 Dis 2020, dan ini menurutnya menyebabkan Malaysia membayar lebih RM320 juta sebagai pampasan kepada Singapura pada 2021 untuk pembatalan perjanjian dua hala antara kedua-dua negara.

Menurut Mohd Hatta Sanuri lagi, antara kerugian yang dialami oleh semua rakyat Malaysia berikutan penamatan projek HSR, adalah hilangnya keyakinan pelabur asing terhadap negara; kehilangan 70,000 pekerjaan yang berpotensi bergaji tinggi daripada projek itu; kehilangan peluang untuk memperoleh keuntungan RM70 bilion (S$21.6 bilion) daripada pembinaan, operasi HSR serta lebih RM366 juta (S$112 juta) kerugian akibat Malaysia membayar pampasan kepada Singapura.

Skandal HSR ini perlu disiasat memandangkan terlalu besar kerugian yang terpaksa ditanggung oleh rakyat Malaysia. Mereka yang terlibat perlu dibawa ke muka pengadilan. Segala masalah ekonomi dan kos sara hidup yang dihadapi rakyat Malaysia sekarang berpunca dari Mahathir dan Muhyiddin yang mengagalkan semua pelan pemulihan yang dibuat oleh Datuk Seri Najib dahulu.

Andai kata Datuk Seri Najib masih lagi Perdana Menteri Malaysia, sudah tentu keadaan negara sangat stabil dan banyak pembangunan serta kemajuan yang semua lapisan rakyat Malaysia mampu kecapi.

Akibat pembatalan projek ini, Malaysia bukan sahaja membayar kos pampasan beratus juta kepada Singapura tanpa sebab tetapi telah tertinggal jauh dalam ASEAN. Malah manfaat ekonomi jangka panjang sebanyak RM500 bilion akibat kehilangan peluang pelaburan dan pelancongan lebih rancak bagi Malaysia turut terlepas. Sayang seribu kali sayang, nasi sudah jadi bubur.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker