Apa BNComm Buat Masa PRU15?
Oleh Norzahira
PERSIDANGAN UMNO 2022 semakin hangat apabila beberapa perwakilan yang membahaskan usul mempersoalkan peranan platform media sosial Komunikasi Barisan Nasional (BN Comms) dalam Pilihan Raya Umum ke 15 yang menyaksikan buat pertama kalinya BN kalah teruk dengan hanya memenangi 30 dari 222 kerusi parlimen.
Ketua Wanita UMNO Bahagian Temerloh, Datuk Juhanis Abd Aziz antara pembahas yang mempersoalkan perkara tersebut.
Ketiks Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor tahun lepas, BNComm beroperasi 24 jam. Pengarah Komunikasi BN, Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah berkata, langkah itu sebagai strategi menyampaikan maklumat sahih berkaitan parti berkenaan, selain menjawab isu semasa berikutan kekangan aktiviti berkempen secara fizikal.
Persoalannya kenapa rakyat tidak mendapatkan maklumat sahih dan tepat melalui saluran BNComm sepertimana yang dijanjikan. BN menjadi mangsa fitnah separuh benar yang ditabur oleh parti lawan.Akhirnya BN kalah dengan sangat teruk dalam PRU15.
Shamsul Anuar sendiri menegaskan peranan media besar dalam membantu mana-mana parti politik berkempen sepanjang PRU disamping pentingnya laporan yang disampaikan kepada rakyat seimbang dan tepat.
Penggunaan media sosial BNComm, terutama Facebook serta TikTok untuk mendekati dan menarik perhatian golongan pengundi muda dilihat gagal mencapai sasaran yang sepatutnya.
Perkara inu meletakkan BNComm sebagai platform media sosial Komunikasi Barisan Nasional yang gagal berfungsi dengan baik. Jadi mereka perlu menjawab persoalan berkenaan apa yang BNComm lakukan ketika PRU15?
You must be logged in to post a comment.