Sepuluh Pembelot BN Kini Menyokong Anwar
Oleh Norzahira
PILIHAN Raya Umum ke 15 (PRu15) menyaksikan fenomena luar biasa apabila tiada parti yang layak secara individu memerintah Malaysia. Di sinilah bermula kisah sepuluh pembelot dalam Barisan Nasional yang menandatangani Statutary Declaration (SD) secara senyap-senyap menyokong Perikatan Nasional (PN).
Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin mencabar Perdana Menteri ke-10, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengemukakan bukti yang beliau mempunyai sokongan majoriti Ahli-ahli Dewan Rakyat.
“Demi keyakinan rakyat akan keabsahan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri, adalah sewajarnya beliau membuktikan bahawa beliau mempunyai sokongan majoriti Ahli-ahli Dewan Rakyat.”- Muhyiddin.
Apabila cabaran tersebut disahut dan Anwar membuktikan beliau mempunyai sokongan majoriti, PN menuduh pula tindakan Anwar tersebut hanyalah “gimik” semata-mata. Kenyataan PN tersebut mengambarkan keengganan mereka untuk menerima keputusan majoriti Ahli Parlimen dan menghina yang Dipertuan Agong.
Apa yang lebih penting, kini sepuluh pembelot BN telah menyokong Anwar sebagai PM.
Semalam, usul undi percaya terhadap Anwar lulus dengan undian suara. Keputusan itu dicapai setelah speaker Johari Abdul tidak mengadakan undian belah bahagi.
Anwar kekal sebagai perdana menteri, kira-kira tiga minggu selepas mengangkat sumpah jawatan selepas membentuk kerajaan perpaduan dengan BN dan parti-parti dari Sabah dan Sarawak.
You must be logged in to post a comment.