Jho Low Sangat Marah Penyata Akaun Najib Dihantar ke PMO
Oleh Norzahira
SECARA logiknya memang sangat pelik apabila ahli perniagaan yang sedang dalam buruan, Low Taek Jho atau Jho Low sangat marah kepada
bekas pengurus perhubungan Ambank Berhad, Joanna Yu Ging Ping yang tersilap hantar akaun bank Datuk Seri Najib ke Pejabat Perdana Menteri (PMO).
Perkara tersebut dilihat menimbulkan syak wasangka akan wujudnya niat yang tersembunyi.
Hubungan terlebih akrab dari biasa antara Jho Low dan Joanna turut mengundang persoalan wujudnya komplot jahat diantara kedua mereka untuk menganiaya Datuk Seri Najib.
Selain kisah Joanna Yu masakan sup untuk Jho Low, banyak lagi sebenarnya butiran menarik yang berjaya dikorek oleh pihak pembelaan Datuk Seri Najib Razak dalam kes #1MDB minggu ini.
Joanna akui setiap tindakannya bersama Jho Low ke atas akaun tersebut tidak mendapat pengesahan Datuk Seri Najib.
Perkara ini dibuktikan oleh Tan Sri Shafee ketika bertanya kepada Joanna mengenai permintaan Jho Low untuk menukar nama akaun Datuk Seri Najib.
Soal Tan Sri Shafee, siapakah authorised person atau mandate holder kepada akaun tersebut? Joanna jawab, tiada sesiapa selain Datuk Seri Najib sendiri. Ketika itu, Nik Faisal belum menjadi “mandate holder” akaun Datuk Seri Najib lagi.
Tan Sri Shafee menbidas, “Itu lagi teruk. Akaun tersebut tak ada mandate holder, tapi kenapa kamu pergi ikut cakap Jho Low (tukar nama akaun)? Bukan ke kamu sepatutnya terus berhubung dengan Datuk Seri Najib?”
Joanna jawab, “mungkin pengurus besar Ambank, Mr Cheah sudah menghubungi Datuk Seri Najib berkaitan isu itu. Tetapi TS Shafee mempertikaikan tindakan, Cheah dan Joanna yang hanya telan bulat bulat arahan Jho Low tanpa mendapat pengesahan dari DS Najib.
Joanna seterusnya bersetuju bahawa DS Najib tidak pernah memberi apa-apa arahan berkaitan penukaran/penambahan nama akaun tersebut.
Bekas pengurus perhubungan Ambank tersebut turut mengesahkan yang Jho Low sangat memarahinya apabila penyata akaun ambank DS Najib dihantar ke PMO.
Pengakuan dan tindakan Joanna ini jelas telah melanggar perjanjian antara bank dan pemegang akaun tetapi ironinya Datuk Seri Najib gagal dalam usahanya untuk memfailkan saman keatas Ambank dan Joanna.
Ini sangat jelas membuktikan Datuk Seri Najib dinafikan perbicaraan yang adil. Najib gagal singkirkan Gopal Sri Ram, gagal saman Ambank, gagal masukkan bukti transaksi keluarga Zeti dan Jho Low.
Oleh itu, Perbicaraan semakan kehakiman Najib wajar di buat secara “online streaming” bagi memastikan beliau mendapat perbicaraan yang adil.
You must be logged in to post a comment.