Mas Ermieyati Pengkhianat UMNO, Wajarkah Beliau Dimaafkan Atau Dihukum?
Oleh Nurul Aisyah
KETIKA parti keramat UMNO sedang diuji pada Pilihan Raya Umum ke 14 yang lalu, Mas Ermieyati menjadi salah seorang pengkhianat walaupun ketika itu, beliau adalah Ketua Puteri Malaysia.
UMNO dianggap sebagai parti nasionalisme Melayu . Menurut perlembagaan parti ini,UMNO adalah sebuah parti politik yang berjuang mendukung cita-cita Agama Islam, Kebangsaan Melayu, Bumiputera, Anak Negeri Sabah dan Orang Asli serta perpaduan Malaysia demi kemakmuran dan kestabilan Negara. Ia juga yang memperjuangkan hak-hak istimewa orang Melayu dan orang Bumiputera.
Jadi, setelah Mas Ermieyati mengkhianati UMNO, adakah beliau layak dimaafkan dan diberi peluang sekali lagi menjadi Ahli Parlimen Masjid Tanah yang beliau menangi atas tiket UMNO Barisan Nasional (BN).
Kini Mas Ermiyati merupakan Timbalan Ketua Badan Pimpinan negeri (BPN) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Melaka.
Sebagaimana yang kita tahu PPBM merupakan parti Muhyiddin Yassin yang sinonim dengan “Lockdown” separuh masak paling panjang di dunia dan kes kematian kes ‘brought in dead’ (BID) atau meninggal dunia ketika dibawa ke hospital paling tinggi di dunia mengalahkan negara dunia ketiga yang lain.
Parti Muhyiddin ini juga yang merosakkan ekonomi negara sehingga rakyat terpaksa mengibarkan bendera putih. Fenomena ini menjadi kayu pengukur kegagalan kerajaan Muhyiddin.
Ketika itu, saban hari peningkatan kibaran bendera putih semakin bertambah ibarat ‘cendawan yang tumbuh selepas hujan’ yang membuktikan lebih ramai telah terkesan dan memerlukan perhatian. Ia sejajar dengan tindakan pihak kerajaan Muhyiddin melancarkan “lock down” separuh masak di beberapa kawasan yang menyebabkan sebahagian masyarakat terpaksa berhadapan dengan kesukaran untuk keluar mencari rezeki demi menyara kaum keluarga.
Kebanyakan yang terkesan adalah mereka yang bergantung sepenuhnya dengan pendapatan harian kerana hidup mereka ibarat ‘kais pagi makan pagi, kais petang makan petang’. Agak menyedihkan apabila kebanyakan yang terkesan adalah akibat hilang pekerjaan, perniagaan terpaksa ditutup dan ada di antaranya hilang tempat bergantung akibat kematian ahli keluarga disebabkan COVID-19.
Di sebalik kibaran bendera putih membawa seribu satu warna yang sukar untuk dilakarkan untuk dikongsi nilai seninya.
Penderitaan rakyat sehingga terpaksa mengibar bendera putih berpunca dari kegagalan kerajaan Muhyiddin (PN). Mas Ermieyati berada dalam parti Muhyiddin (PN) yang sinonim dengan kerajaan gagal. Jika rakyat Masjid Tanah mengundi Mas Ermieyati bermakna mereka mengundi kerajaan gagal yang membawa banyak penderitaan kepada rakyat.
Dalam perkara ini, rakyat perlu bijak membuat pilihan bagi menentukan masa depan yang lebih baik. Pilih kestabilan dan kemakmuran yang hanya ada pada Barisan Nasional (BN).
You must be logged in to post a comment.