Warga Shah Alam rayu tukar pemimpin
Oleh Azrin Muhammad
SHAH ALAM – Setelah dibelenggu dengan janji manis Khalid Abdul Samad yang menwakili PAS dan Pakatan Harapan sejak tiga penggal lalu, rata-rata komuniti Shah Alam merayu agar pemimpin dari parti Barisan Nasional (BN) diberi peluang menerusi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).
Tinjauan MyTV Online mendapati, calonnya, Isham Jalil sudah diterima komuniti setempat sepanjang kempen dan banyak keluhan berjaya disampaikan secara bersemuka.
Menurut salah seorang pengundi kali pertama, Adam, komuniti di Shah Alam perlu mengundi calon BN demi menjamin masa depan yang lebih cerah, khususnya generasi muda.
“Saya merayu kepada orang ramai untuk menyokong BN kerana idea dan pegangan yang dibawa Isham Jalil sangat prihatin kepada anak muda serta menjanjikan masa depan lebih baik,” katanya ketika ditemui, di sini, hari ini.
Dalam masa sama, Muhammad Azalizad yang akan mengundi di Sekolah Kebangsaan Bukit Jelutong pada Sabtu ini merayu kepada penduduk Shah Alam mengundi BN jika ingin perubahan drastik.
“Saya merayu kepada penduduk Shah Alam untuk mengundi Isham Jalil jika ingin orang muda mempunyai peluang pekerjaan, disusuli banyak perubahan lain.
“Sokonglah BN dengan mengundi Isham Jalil kerana boleh membawa perubahan berterusan,” katanya.
Sementara itu, pengundi kaum India, A. Pandian, masih setia dan kekal mengundi BN dalam PRU15 sejak berumur 18 tahun.
“Sejak umur 18 tahun, saya dan juga ahli keluarga yang lain telah mengundi BN untuk menang tanpa mengira siapa calon yang bertanding sebelum ini.
“Saya menyeru orang ramai untuk mengundi calon Isham Jalil dari BN untuk merampas kembali Parlimen P.108,” katanya.
You must be logged in to post a comment.