Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) Dominasi Perang Bendera

Oleh Kamarulzaman Bin Pid

Masjid Tanah: Empat calon merebut kerusi Parlimen Masjid Tanah pada Pilihanraya Umum ke 15 pada 19 November ini.

Calon Barisan Nasional (BN) diwakili Abdul Hakim Abdul Wahid, Perikatan Nasional (PN) meletakkan Mas Ermieyati Samsudin, manakala Muda diwakili Othman Mutalib dan Pejuang pula diwakili Handrawurawan Abu Bakar.

Bagaimanapun, perang bendera yang dijangka sengit tidak begitu meriah apabila hanya bendera BN dan PN yang banyak dipacak di tepi jalan di sekitar Parlimen Masjid Tanah.

Ini menunjukkkan pertandingan empat penjuru itu hanya bertumpu kepada dua calon BN dan PN iaitu Abdul Hakim dan Mas Ermieyati.

Baki kempen yang tinggal beberapa hari saja lagi sudah pasti digunakan oleh semua calon dan jentera parti masing-masing untuk menguatkan pengaruh dalam kalangan pengundi.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker