Episod ulangan, PH kemas kini ‘kitab suci’
Oleh Azrin Muhammad
SHAH ALAM – Pengundi Parlimen Shah Alam perlu mengelak memilih pemimpin parti Pakatan Harapan (PH) dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) akan datang demi masa depan lebih cerah.
PH kini menambah lagi janji-janji baharu dalam ‘kitab suci’ mereka, sedangkan masih banyak janji ketika pilihan raya edisi terdahulu masih terbengkalai dan tidak diendahkan.
Jika dahulu pengundi telah tertipu dengan Khalid Abdul Samad selama tiga penggal, kini giliran anak buahnya iaitu Azli Yusof yang dilihat berpotensi mengikut jejak langkah bekas majikannya itu.
Sikap mendabik dada mengaku menetap di Shah Alam untuk tempoh yang lama bukan lesen untuk meraih undi kerana komitmen menjawat jawatan di Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) sejak awal tahun 2000 tidak digunakan sebaiknya.
Masalah komuniti setempat masih lagi membelenggu penduduk dan kini dibebankan lagi dengan kos sara hidup yang semakin tinggi termasuk harga rumah yang melambung.
Pengundi muda di Shah Alam semakin jauh dengan kemampuan untuk memiliki unit kediaman sendiri dan masalah ini akan menyebabkan hak mereka terbatas sehingga terpaksa berhijrah ke tempat lain.
Sudah tiba masanya tampuk pemerintahan PH dihentikan dalam pilihan raya kali ini dan membuka ruang untuk pemimpin berkaliber mengembalikan hak pengundi di Shah Alam.
You must be logged in to post a comment.