Nizar Najib Yakin Bukti BN Jaga Rakyat Mampu Kekalkan Pahang Sebagai Kubu BN

Oleh Nurul Aisyah

BARISAN Nasional (BN) telah membuktikan tidak ada parti yang lebih layak memerintah negara selain BN. Rakyat telah cuba memberi peluang kepada Pakatan Harapan (PH) selama 22 bulan namun kerajaan PH ternyata gagal dengan sangat teruk.

Rakyat menderita apabila disuruh ikat perut. Malah mereka dipaksa rela derma kepada PH pula. Itu satu kezaliman yang tidak boleh dibawa berbincang lagi.

Bagi kerajaan negeri yang ditadbir BN, mereka dapat menjaga kemaslahan rakyat dengan baik. Oleh itu, sangat tepat kenyataan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Pekan, Datuk Mohd Nizar Najib yang yakin UMNO BN akan kekal berkuasa di Pahang. Dengan prestasi cemerlang yang ditunjukkan oleh kerajaan negeri Pahang maka peluang untuk UMNO BN terus kekal berkuasa di negeri tersebut amat tinggi.

Pemerintahan kerajaan negeri Pahang di bawah Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail jelas menunjukkan bahawa hanya dengan pentadbiran yang efisyen dan cekap, rakyat dapat dibantu secara keseluruhannya.

Rakyat Pahang sudah tentu mahu mengekalkan kerajaan yang sedia ada setelah menerima pelbagai manfaat serta kemakmuran melimpah ruah. Bantuan diagihkan kepada rakyat di negeri Pahang apabila terdapat pelbagai peruntukan disalurkan kepada nelayan, golongan terjejas akibat COVID, penjaja kecil, golongan B40 dan sebagainya.

Kebajikan rakyat dijaga dengan baik. Mereka tidak dizalimi sebagaimana kekejaman PH dan PN terhadap rakyat. Hanya BN mampu selamatkan rakyat dan negara. Undilah BN demi kestabilan dan kemakmuran.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker