#PrkSgKandis : PKR tidak rasional

Taktik calon PKR Mohd. Zawawi Ahmad Mughni yang menggunakan isu masyarakat bagi meraih sokongan pengundi dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis disifatkan lapuk dan tidak rasional sebagai sesebuah parti yang memerintah Selangor.

Calon Barisan Nasional (BN) Datuk Lokman Noor Adam berkata, taktik tersebut juga secara tidak langsung menunjukkan kredibiliti kerajaan PKR yang lemah dalam membantu menangani masalah rakyat di negeri itu sepanjang memerintah.

“PKR dah menang lama dan ini masuk penggal ketiga. Sepatutnya mereka bukan pembangkang macam saya dan BN.

“Lagipun kita telah tinggalkan rizab sebanyak RM1.6 bilion dahulu. Jadi mereka patut gunakan duit untuk itu tangani masalah rakyat.Cara mereka sebenarnya lebih macam pembangkang,” katanya ketika ditemui pemberita semasa menghadiri majlis Ziarah Kasih bersama bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di sini hari ini.



Utusan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker