Wanita BN Dijangka Dapat 30 Peratus Kerusi PRU15

Oleh Tun Teja

BAHANG Pilihan Raya Umum ke 15 (PRU15) semakin terasa. Semua pihak berada dalam keadaan “mood” PRU15 walaupun Pakatan Harapan (PH) cuba memberi bermacam-macam alasan yang tidak relevan untuk desak PRU15 dilewat-lewatkan memandangkan mereka sedar rakyat masih marah atas kekejaman pemerintahan PH 22 bulan dan PN baru-baru ini.

Wanita Barisan Nasional (BN) dijangka akan mendapat 30% kerusi dalam PRU 15. Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Zahid Hamidi, Timbalannya Datuk Seri Mohamad Hasan, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan naib-naib presiden serta seluruh ahli MKT telah bersetuju untuk meletakkan 30 peratus calon wanita BN dalam PRU15 akan datang.



Agenda 30 peratus perwakilan wanita untuk menjadi calon pada pilihan raya akan datang telah dibawa oleh Wanita UMNO pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2021 yang lalu. Keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor baru-baru ini menunjukkan bahawa wanita layak menjadi pemimpin dan perlu diberi kesaksamaan jantina.

Pada PRN Johor, kita dapat lihat sendiri BN menang hampir semua kerusi yang ditandingi Wanita UMNO.

Keputusan UMNO memberi kouta 30 peratus calon wanita dari Barisan Nasional (BN) adalah satu bukti yang jelas dan nyata bahawa UMNO adalah parti yang sentiasa relevan dan mendengar denyut nadi rakyat khususnya wanita.

Kuota 30 peratus calon wanita adalah antara agenda utama yang diperjuangkan oleh Wanita UMNO. Ini merupakan kejayaan besar perjuangan Wanita UMNO di era pimpinan Datuk Seri Dr Noraini Ahmad.



Wanita UMNO sentiasa menjadi juara dalam perjuangan untuk memperkasakan dan mengarusperdanakan kepimpinan wanita sebagai pembuat keputusan baik dalam politik, kerajaan, swasta dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC), selaras disarankan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Kouta 30 peratus calon Wanita UMNO dalam PRU15 telah diluluskan namun apa yang lebih penting adalah pelaksanaannya. Mampukan calon-calon lelaki memberi laluan kepada calon Wanita untuk bertanding di 30% kerusi-kerusi tersebut? Semua pihak perlu ingat bahawa selain bekerja kuat, kelebihan wanita ini adalah mereka tidak lupa pada janji yang diberikan pada mereka. Jangan sampai menguris hati kerana kesannya tidak boleh dibayangkan.

Tangan yang menghayun buaian mampu mengoncang dunia.



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker