Muhyiddin Panik
Terdesak Dan Keliru
Oleh Tun Teja
SEJAK kebelakangan ini banyak kenyataan Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Muhyiddin Yassin jadi jenaka rakyat Malaysia. Beliau seolah-olah sangat terdesak meraih sokongan memandangkan Pilihan Raya Umum ke 15 (PRU-15) semakin hampir.
Ramai melihat kenyataan yang tidak konsisten Muhyiddin berpunca dari sikap tamak haloba yang ada dalam diri beliau. Siapa sahaja akan “dilanggar” bagi memenuhi “nafsu” untuk menjadi PM dapat dicapai.
Muhyiddin seolah-olah sanggup membuat perjanjian dengan syaitan pun asalkan beliau dapat menjadi Perdana Menteri sekali lagi.
The end justifies the means – Niccolò Machiavelli.
Baru-baru ini Muhyiddin mengisytiharkan BN sebagai musuh utama gabungan tersebut pada PRU-15 sedangkan kerajaan campuran sekarang terbentuk dari komponen BN dan PN.
Ironinya, parti komponen PN sendiri iaitu PAS menolak pendirian yang diumumkan Muhyiddin pada 24 Sept lalu. Sebelum itu PAS memberi peringatan bahawa parti itu menolak sebarang tindakan menjadikan BN sebagai musuh mereka.
Muhyiddin berasa bangga dengan tindakannya meninggalkan PH dan menjadi punca kerajaan 22 bulan tersebut jatuh. Kini beliau terhegeh-hegeh mahu “rujuk” dengan PH semula. Masalahnya kini PH sudah menolak Muhyiddin dari “kamus” mereka.
Cuma dalam politik, apa sahaja boleh terjadi.
Muhyiddin dalam ucapannya di majlis Bersatu pada 24 Sept, mendakwa pendirian meletakkan BN sebagai musuh utama PN sudah dipersetuju oleh semua parti komponen.
PAS pula menegaskan mereka menganggap PH sebagai musuh utama, manakala BN menjadi rakan taa’wun (kerjasama) mereka.
You must be logged in to post a comment.