Siapa Dibelakang Merdeka Center?
Oleh Tun Teja
NAMA firma Merdeka Center tiba-tiba hangat diperkatakan ketika “team Muhyiddin” dan “team Ismail” bertelagah menyalahkan satu sama lain. Merdeka Center ialah firma penyelidikan pendapat.
Menurut sumber, Merdeka Center bermula pada tahun 2002, selepas era reformasi yang diterajui oleh Ibrahim Suffian. Ibrahim Suffian adalah penyelaras dana “Canadian International Development Agency” (CIDA) yang mengambil tempat dalam pejabat Suruhanjaya Tinggi Kanada. CIDA dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan Kanada menerusi Suruhanjaya Tingginya untuk kegiatan mempromosi nilai-nilai demokrasi, hak asasi manusia dan ketelusan proses pilihanraya di Malaysia yang kononnya masih dianggap rendah. Namun begitu, peranan sebenar mereka dikatakan lebih berupa operasi “covert” bertujuan menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional(BN).
Pendirian politik Ibrahim Suffian adalah pro Datuk Seri Anwar Ibrahim. Sebelum pru 2008 yang lalu, Ibrahim Suffian sering menghadiri mesyuarat bersama Anwar di ibu pejabat PKR, Merchant Square Tropicana, Petaling Jaya bagi membincangkan strategi pilihan raya.
Itu serba sedikit mengenai sejarah Merdeka Center.
Persoalannya setakat mana kajian Merdeka Center ini boleh dipercayai?
Ramai berpendapat hasil kajian Merdeka Center tidak semestinya tepat memandangkan sudah banyak kali dapatan mereka tersasar jauh. Agensi tersebut melakukan pengundian sebelum PRU14. Seminggu sebelum PRU14 Merdeka Center dengan yakin menyebut BN kekal memerintah. Namun realitinya BN kalah teruk dalam PRU-14. PH yang menjadi kerajaan ketika itu.
Pada Pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Sandakan 2019, sekali lagi hasil kajian Merdeka Center meleset sama sekali. Agensi itu melaporkan tahap sokongan rakyat kepada PH merosot daripada 79 peratus pada Mei 2018 kepada 39 peratus pada Mac 2019.
PRK Sandakan yang diadakan pada 11 Mei 2019 itu dimenangi Vivian Wong Shir Yee dari DAP dengan 16,012 undi daripada 21,595 undi dengan majoriti lebih besar 11,521 undi.
Kini Muhyiddin Yassin menggunakan data dari Merdeka Center untuk menegaskan yang beliau lebih baik daripada Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri Malaysia.
Bekas setiausaha sulit kepada Muhyiddin Yassin, Marzuki Mohamad mendakwa rakyat lebih berpuas hati dengan Muhyiddin berbanding Ismail Sabri berdasarkan kajian Merdeka Center kononnya 72 peratus rakyat berpuashati dengan prestasi Muhyiddin pada bulan Mei 2020, 74 peratus (Julai 2020): 73 peratus (September 2020): 67 peratus (November 2020): 63 peratus (Januari 2021): 68 peratus (April 2021) dan 57 peratus (Jun 2021). Kononnya markah purata Muhyiddin sepanjang berkhidmat sebagai Perdana Menteri ialah 67 peratus.
Marzuki mendakwa berdasarkan kajian yang sama terhadap Ismail Sabri, jelas perdana menteri memperoleh markah gagal. Ismail bermula dengan tahap kepuasan hati rakyat sebanyak 50 peratus pada bulan Oktober 2021: 48 peratus (Disember 2021): 49 peratus (Mac 2022): 48 peratus (April 2022): 40 peratus (Jun 2022) dan 35 peratus (Ogos 2022). Markah atau ‘approval rating’ perdana menteri telah menurun secara konsisten dengan purata 45 peratus
Hakikatnya Muhyiddin meletakkan jawatan selepas tidak mendapat sokongan majoriti pada bulan Ogos 2021. Ini bermakna kajian Merdeka Center sememangnya tidak boleh pakai.
You must be logged in to post a comment.