Might as well kill me – Rosmah

Oleh Tun Teja

SEBAK mendengar luahan hati Datin Seri Rosmah Mansur yang dijatuhi hukuman penjara 10 tahun dan denda RM970 juta atas pertuduhan rasuah berhubung projek tenaga solar sekolah luar bandar Sarawak bernilai RM1.25 bilion oleh Mahkamah Tinggi.

“Saya tidak pernah menyentuh wang itu meskipun ketika berada dalam Bakti (Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-isteri Menteri dan Timbalan Menteri). Saya tidak kenal (bekas Pengarah Urusan) Jepak Holdings (Sdn Bhd Saidi Abang Samsudin)… Saya tidak pernah minta wang itu. Tiada siapa nampak saya mengira wang itu.” kata Rosmah



Beliau menangis ketika memaklumkan Hakim Mohamed Zaini Mazlan bahawa beliau tidak bersalah kerana tidak pernah terfikir untuk menggelapkan wang negara.

Namun apakan daya Rosmah yang berusia 70 tahun didakwa meminta suapan RM187.5 juta untuk dirinya sendiri, daripada bekas pengarah urusan Jepak Holdings, Saidi Abang Samsudin yang dibuat melalui bekas pembantu Rizal Mansor, sebagai upah membantu syarikat itu mendapatkan projek tenaga solar.

Episod pendakwaan dan hukuman terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri beliau Datin Seri Rosmah menjadi sejarah hitam sistem perundangan dan kehakiman negara. Rakyat melihat bagaimana dua individu yang banyak berjasa kepada rakyat terutama golongan B40 ini dinafikan perbicaraan yang adil.



Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno, Datuk Dr. Mohd Puad Zarkashi menyifatkan denda lebih RM1 bilion terhadap Najib Razak dan isterinya Rosmah Mansor bagaikan “hukuman mati” untuk keluarga mereka. Rakyat Malaysia juga sama pendapat dengan Puad berkenaan perkara ini.

Denda tersebut dilihat sebagai tindakan kejam tanpa belas ihsan dan bukan saja akan memiskinkan keluarga itu malah mereka pasti tidak akan mampu untuk “bernafas”.

Peguam Rosmah, Jagjit Singh juga mengkritik denda RM970 juta terhadap anak guamnya sebagai sesuatu yang “tidak pernah berlaku sebelum ini”.

Sebagaimana yang kita tahu, sebelum ini Najib yang dinafikan perbicaraan yang adil telah disahkan sabitan dan hukuman penjara 12 tahun serta denda RM210 juta berkaitan kes SRC International oleh Mahkamah Persekutuan.



Thomas melalui buku memoir bertajuk “My Story: Justice in the Wilderness” pada Januari 2021 mendakwa wujud penyalahgunaan kuasa dalam isu pelantikan hakim, campur tangan melampau badan eksekutif dalam badan kehakiman, pendakwaan terpilih dan bersifat politik serta pelanggaran sumpah kerahsiaan.

Sistem perundangan dan kehakiman kita dilihat berada dalam keadaan carca marba. Rakyat menyaksikan penganiayaan yang sangat kejam dilakukan terhadap Najib dan Rosmah. Apa yang pasti Najib dan Rosmah tidak akan mampu membayar denda tersebut, tetapi rakyat akan membayarnya melalui peti undi. Rakyat tahu Najib dan keluarganya sedang dizalimi.

Tambahan pula, Lokman Adam mendedahkan kandungan perjanjian sulit Ismail Sabri dan Muhyiddin yang dirahsiakan selama ini iaitu perkara 7, 8 dan 9.

Perkara 7 : Ismail Sabri telah berjanji kepada Muhyiddin bahawa beliau tidak akan menukar Peguam Negara, Idrus Harun.



Perkara 8 : Ismail Sabri berjanji akan mengekalkan jawatan Menteri, Timbalan Menteri dan juga Pengerusi GLC dari PPBM dan PAS.

Perkara 9 : Ismail Sabri telah berjanji kepada Muhyiddin akan menyegerakan kes DS Najib Razak dan DS Zahid Hamidi.

Sekiranya benar seperti apa yang didakwa oleh Lokman Adam, secara jelas membukti berlaku campurtangan dalam sistem kehakiman dalam proses menganiaya pemimpin negara.



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker