Penduduk India dihantui panahan petir

Penduduk India dihantui panahan petir. Pada Julai lalu kira-kira jam 6.30 petang waktu tempatan, beberapa sambaran kilat telah menyebabkan 11 orang terbunuh dan ramai lagi cedera di Amer Fort yang terletak kira-kira 10 kilometer dari bandar Jaipur iaitu ibu negeri Rajasthan, India.

Antara yang terbunuh ialah golongan wanita dan kanak-kanak termasuk sekumpulan pemuda sedang merakamkan gambar swafoto ketika hujan di menara tinjauan bagi melihat pemandangan dari kubu berusia lebih 400 tahun itu.

Sejumlah orang lagi turut menemui ajal pada tahun ini di negeri barat India itu yang mana ribut kilat merupakan kejadian yang tidak pernah berlaku sebelum ini di Rajasthan.

Puluhan lagi dilaporkan terbunuh akibat disambar kilat di negeri Uttar Preadesh yang terletak di utara negara itu dan di negeri Madya Pradesh, tengah India dalam tahun ini.



Sehingga Jumaat lalu, lebih 2,500 orang terbunuh akibat disambar kilat di sekitar India pada setiap tahun, menurut angka-angka daripada kerajaan berbanding hanya 45 orang di Amerika Syarikat (AS).

Dalam kejadian di kubu yang kini menjadi lokasi pelancongan itu, seorang pemuda, dikenali sebagai Faizuddin, 21, memberitahu AFP bahawa ketika kilat itu menyambar tiga kali di kubu tersebut, seluar termasuk kasutnya terbakar manakala kaki dan tangan menjadi kaku sehingga dia tidak dapat menggerakkan diri.

Pada kebiasaannya, ribut kilat membawa kira-kira satu bilion volt kuasa elektrik. - Foto AFP
Pada kebiasaannya, ribut kilat membawa kira-kira satu bilion volt kuasa elektrik. – Foto AFP

Dia berkata, bunyi kilat itu memekakkan telinga dan ia seperti letupan bom manakala tiga rakannya turut terbunuh ketika mereka merakamkan gambar swafoto dalam kejadian tersebut.

Seramai 14 orang lagi dilaporkan turut menemui ajal di bandar Allahabad, Uttar Pradesh dan dua lelaki sedang berlindung di sebatang pokok turut meninggal dunia selepas mereka disambar kilat di bandar Firozabad juga di Uttar Pradesh.



Lembu-lembu dan haiwan lain turut terbunuh atau cedera ketika ribut kilat manakala pada Mei lalu, sekumpulan 18 ekor gajah dipercayai menjadi mangsa disambar petir di hutan simpan Kandoli, negeri Assam, timur laut India.

Pemanasan global

Pada kebiasaannya, ribut kilat mengandungi kira-kira satu bilion volt kuasa elektrik dan boleh menyebabkan kerosakan besar ke atas bangunan jika ia menyambarnya.

Sebuah lagi kubu bersejarah di Chittorgarh yang terletak beberapa jam perjalanan dari Amer Fort turut mengalami kejadian disambar kilat di menara kubu itu pada jam 7.30 malam sehingga menyebabkan sebuah batu besar terjatuh pada bulan Julai lalu.



Seorang pemulihara yang memantau kerja-kerja pembaikan di kubu berusia ratusan tahun, Ratan Jitarwal berkata, tapak kubu tersebut dilengkapi dengan alat untuk menjauhkan serangan petir tetapi ia terbukti didapati tidak lagi efektif ekoran kejadian terbaharu itu.

Kejadian serangan petir di India telah menjadi semakin kerap berlaku sejak akhir-akhir ini.

Ini adalah kerana hampir 19 juta serangan itu dilaporkan berlaku dalam tempoh 12 bulan sehingga Mac tahun ini iaitu peningkatan satu pertiga berbanding tahun lalu.

Justeru, penganjur Kempen Daya Tahan Serangan Kilat, Sanjay Srivastava menjelaskan bahawa pemanasan global yang menyebabkan peningkatan kilat di India.



Sekumpulan gajah yang maut dipanah petir dalam satu kejadian pada Mei lalu di Assam. - Foto AFP
Sekumpulan gajah yang maut dipanah petir dalam satu kejadian pada Mei lalu di Assam. – Foto AFP

 

Menurutnya, terdapat peningkatan kilat dengan mendadak disebabkan oleh perubahan cuaca dan kadar pemanasan di permukaan bumi di negaranya.

Bukti-bukti menunjukkan serangan petir sudah menjadi kebiasaan di kawasan bandar sekali gus membimbangkan India yang mana bilangan penduduk di kawasan perbandaran dijangka meningkat secara drastik dalam tempoh beberapa tahun lagi.

Berikutan peningkatan paras air laut, suhu panas yang semakin meningkat dan lain-lain akibat daripada perubahan iklim, India yang mempunyai penduduk seramai 1.3 bilion kemungkinan sukar untuk menghadapi ancaman serangan petir.



Kebanyakan manusia yang mati dalam ribut kilat dan ia merupakan kejadian yang tidak dapat dielakkan.

Namun, hampir kebanyakan bangunan tidak ada pengalir kilat untuk melindungi penghuninya, kata Srivastava.

Ramai orang juga tidak sedar tentang bahaya akibat kilat dan apakah yang perlu dilakukan seperti jangan berlindung di bawah pokok dan mengelakkan kawasan terbuka ketika ribut petir berlaku.

Serangan petir itu nampaknya tidak berkesudahan apabila portal The Times of India pada Jumaat lalu melaporkan seorang wanita dan tiga lagi cedera selepas disambar petir di dalam hutan bersama 35 kambing di Chittorgarh. – Agensi



Penduduk India dihantui panahan petir


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Banjir kilat Eropah ragut 70 nyawa

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker