Rafizi Ancaman Terbesar Anwar Ibrahim
Oleh Tun Teja
RATA-rata ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) tahu bahawa Rafizi Ramli yang baru memenangi jawatan Timbalan Presiden dalam pemilihan PKR merupakan ancaman terbesar kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim yang merupakan presiden parti tersebut.
Rafizi dilihat mula menjalankan kempen “membenamkan” Anwar apabila menyeru ahli PKR agar tidak membodek presiden PKR tersebut. Menurut Rafizi apa yang penting adalah parti dan kepimpinan baharu (yang dianggotainya untuk sesi 2022-2025) tidak terlalu berusaha membodek Anwar atau pertahankannya.
Kini Rafizi mendominasi PKR. Beliau akan menjadi penghalang kepada pencalonan Anwar sebagai “Poster Boy” Pakatan Harapan (PH). Jika Anwar gagal menjadi “Poster Boy” PH dalam PRU-15 maka cita-cita Presiden PKR itu untuk menjadi PM bakal terkubur selama-lamanya.
Pasukan Rafizi menguasai pemilihan bagi 20 jawatan Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR yang keputusannya diumumkan Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) baru-baru ini. Seramai 12 pemimpin yang sebelum ini disenaraikan berada dalam pasukannya menang, dengan sebahagian besarnya berada dalam kelompok 15 teratas.
Sebagaimana yang kita tahu, undi “online” memberi kelebihan kepada Rafizi. Menurut penganalisis politik, 80% pengundi online memilih untuk menyokong Rafizi. Beliau dikatakan telah membuat “engagement” dengan para pengundi online secara senyap. Melalui cara ini, Rafizi dapat memastikan MPP dibawah kekuasaan beliau.
Jika dibandingkan dengan Anwar, Rafizi dilihat dapat memberikan formula yang jauh lebih segar daripada Presiden PKR. Perkara ini sudah tentu memberi kesan kepada sokongan yang mereka terima.
Dan yang paling penting, Rafizi tidak terpalit dengan sebarang skandal seperti China Doll, Azizan, Sukma Darmawan, Saiful Bukhari, Shamsidar Taharin, Muhammad Yusoff Rawther dan lain-lain lagi.
Rafizi kini merupakan ancaman terbesar Anwar Ibrahim. Jika perkara ini tidak ditangani dengan baik maka Anwar akan rebah di kaki anak didiknya sendiri.