Suami Isteri Beri Nama ‘Border’Sebab Lahirkan Bayi Di Sempadan India-Pakistan

Suami Isteri Beri Nama ‘Border’Sebab Lahirkan Bayi Di Sempadan India-Pakistan

SEPASANG suami isteri dari Pakistan yang terkandas di sempadan India-Pakistan lebih daripada 70 hari, kini menjadi tajuk berita antarabangsa selepas mereka menyambut kelahiran bayi yang diberi nama ‘Border’.

Bayi lelaki yang dilahirkan pada 2 Disember lalu kini menjadi viral kerana namanya yang unik.

Menurut India Today, pasangan yang dikenali sebagai Nimbu Bai dan Balam Ram, berasal dari daerah Rajanpur di wilayah Punjab.

Mereka telah terkandas di Attari, sebuah perkampungan yang terletak kira-kira tiga kilometer dari sempadan India-Pakistan selama lebih dua bulan lalu bersama 97 warga Pakistan yang lain.

Ketika sedang sakit mahu bersalin, Nimbu Bai dibantu oleh beberapa wanita dari kampung yang berdekatan.

Penduduk tempatan turut menghulurkan bantuan dengan mengatur kemudahan perubatan untuk bersalin

Ketika ditanya mengenai pemilihan nama unik untuk bayi mereka, pasangan itu berkata ini kerana anak tersebut dilahirkan di
sempadan. – India.com 

Suami Isteri Beri Nama ‘Border’Sebab Lahirkan Bayi Di Sempadan India-Pakistan

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Tarikh Pengumuman Kadar Jumlah Bonus Dan Dividen ASB 2021

Tolak cinta, kereta dibakar [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker