Koleksi rekod Piala Dunia Messi

Koleksi rekod Piala Dunia Messi

Kapten Argentina, Lionel Messi akhirnya berjaya memenuhi impian peribadi untuk menjulang trofi Piala Dunia apabila La Albiceleste menumpaskan juara bertahan Perancis 4-2 menerusi penentuan sepakan penalti selepas aksi final berlanjutan 120 minit dan berakhir 3-3 di Stadium Lusail, awal pagi tadi.

Berakhirnya Qatar 2022 menyaksikan Messi, 35, pulang penuh bangga dengan melakar beberapa rekod disegani pada kejohanan berprestij itu.

Messi seorang daripada enam pemain yang beraksi dalam lima pusingan akhir Piala Dunia di samping Antonio Carbajal (Mexico), Lothar Matthaeus (Jerman), Rafael Marquez (Mexico), Andres Guardado (Mexico) dan Cristiano Ronaldo (Portugal).

Messi beraksi bagi perlawanan ke-26 pada Piala Dunia ketika final di Qatar awal pagi tadi sekali gus memecah rekod dipegang Matthaeus dengan 25 perlawanan.

Messi melakar rekod 19 penampilan sebagai kapten pada Piala Dunia. Dia diikuti Marquez (17) dan Diego Maradona (16).

Messi beraksi minit paling banyak dalam sejarah Piala Dunia iaitu 2,314 minit. Dia memadamkan rekod pemain Itali, Paolo Maldini 2,217 minit menerusi aksi final Qatar 2022.

Messi juga satu-satunya pemain mencatat ‘assist’ dalam lima Piala Dunia. Pencabar terdekatnya Pele, Grzegorz Lato, Maradona dan David Beckham, masing-masing mencipta umpanan gol dalam tiga edisi.

Pele dan Messi berkongsi rekod bagi ‘assist’ terbanyak pada peringkat kalah mati (6).

Messi juga muncul satu-satunya pemain dalam sejarah Piala Dunia menjaringkan gol bagi setiap pusingan bermula peringkat kumpulan, pusingan 16 terakhir, suku akhir, separuh akhir dan final.

Messi adalah penjaring gol terbanyak Argentina pada Piala Dunia dengan 13 gol. Dia diikuti Gabriel Batistuta (10), Maradona (8), Guillermo Stabile (8), Mario Kempes (6) dan Gonzalo Higuain (5).

Messi satu-satunya pemain yang menjaringkan gol pada Piala Dunia ketika usia remaja, 20-an dan 30-an.

Pele terlepas melakukan perkara yang sama dalam tempoh empat bulan.

Messi menjaringkan gol pertama dan terkini Piala Dunia dalam tempoh 16 tahun dan 184 hari. Di tempat kedua bagi catatan serupa pada Piala Dunia milik Cristiano Ronaldo dalam tempoh 16 tahun dan 160 hari.

Anugerah Pemain Terbaik Perlawanan, kali pertama diperkenalkan pada tahun 2002, diterima Messi sebanyak 11 kali dan tidak ditandingi pemain lain.

Empat di Brazil 2014 adalah rekod bagi satu edisi yang dikongsi bersama pemain Belanda, Wesley Sneijder, yang dipilih empat kali bagi anugerah itu di Afrika Selatan 2010.

Penyerang Jerman, Miroslav Klose memegang rekod dengan beraksi dalam 17 kemenangan pada Piala Dunia. Messi di tangga kedua dengan 16 kemenangan. BH

Koleksi rekod Piala Dunia Messi


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


PRU-15 telah berlalu, PN jangan buang masa hasut ahli Parlimen BN

Selepas Dato’ Jamal, Ummi Nazeera pula tolak MN pimpinan Annuar Musa

Muat Turun Kalender 2023, Cuti Sekolah & Cuti Umum Malaysia [Percuma]

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker