PRN Johor : 22,531 Pengundi Awal Akan Memilih

Oleh Leftenan Adnan

Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor akan menyaksikan proses pengundian awal di 63 pusat mengundi membabitkan 83 saluran akan yang bermula 8 pagi ini.

Pengundian awal akan membolehkan seramai 22,531 pengundi yang terdiri daripada anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) serta pasangan bagi menunaikan tanggungjawab mereka.

Pengundi awal itu terdiri daripada 10,955 anggota tentera dan pasangan, manakala 11,576 lagi adalah anggota polis dan pasangan.

Proses ini akan dijalankan di premis PDRM dan ATM seperti di dewan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor, dewan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD), kem Pasukan Gerakan Am (PGA) dan kem tentera.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker