PRN Johor : Peniaga IKS Sokong Barisan Nasional

Oleh Leftenan Adnan

Seorang peniaga Industri Kecil Sederhana (IKS) di kawasan Senai menyatakan kekecewaan semasa zaman pemerintahan kerajaan Pakatan Harapan (PH). Semasa itu sektor peniagaan kecil mengalami kemerosotan yang amat tinggi sehingga memberi kesan kepada kehidupan mereka.

Azman Ahmad, 38 tahun menyatakan harapan agar pemerintahan kerajaan Barisan Nasional (BN) dapat dikembalikan demi kestabilan negeri Johor. Beliau yang juga pengundi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Senai menyeru pilihan yang tepat dibuat pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor 12 Mac ini.



“Beraneka janji sebelum ini yang dibuat PH tidak dapat ditepati. Keyakinan kepada BN yang telah lama memerintah sebelum itu dengan sejarah pentadbiran yang baik tidak dikhuatiri lagi.”

“Sudah pastinya BN menjadi pilihan kali ni terutamanya bagi DUN Senai” katanya.



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker