PRN Johor: Di Larkin, MUDA Kalahkan PKR Dengan Jumlah Undi Sudah Memadai
Oleh Megat Terawih
Di DUN Larkin menyaksikan pertandingan enam penjuru. Paling ketara apabila parti yang bertanding dilihat berlawan sesama sendiri.
MUDA yang dilihat sebelum ini sebagai sekutu PKR namun di saat akhir menunjukkan belangnya sebagai budak suruhan DAP apabila mengambil keputusan bertanding di mana PKR juga meletakkan calonnya.
Ada yang mengatakan keputusan tersebut adalah kerana DAP tidak mempercayai PKR. Kemungkinan besar PKR akan bergabung dengan UMNO BN untuk membentuk kerajaan Johor.
Namun bagi MUDA walaupun mereka tahu tidak akan menang di kerusi Larkin namun misi utama mereka adalah mengalahkan PKR untuk membuktikan bahawa MUDA lebih diterima oleh bangsa Johor berbanding parti milik keluarga Anwar Ibrahim.
Bagaikan dendam kerana sebelum ini ada suara sumbang dari kem PKR bahawa MUDA tidak layak bertanding kerana terlalu baharu partinya. Tiada jentera dan kewangan yang kukuh.
Tambahan pula Presiden MuDA, Syed Saddiq adalah kluster mahkamah.
Cukuplah kami menang jumlah undi berbanding dengan PKR.
Calon yang bertanding ialah Rasid Abu Bakar mewakili Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda), Hairi Md Shah dari Barisan Nasional (BN) dan calon PKR, Dr Zamil Najwah Arbain.
Calon Perikatan Nasional (PN) Zulkifli Bujang, Norramadan Buan mewakili Bebas dan calon Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) Mohamad Riadz Mohamad Hashim.
You must be logged in to post a comment.