PRN Johor: Bossku Iring Calon BN Pagoh, Muhyiddin Lari

Oleh Nurul Aishah

Kecoh sekejap di tempat pusat penamaan calon di Pagoh apabila Najib Razak tiba untuk mengiringi calon BN. Seperti biasa rakyat tertunggu kehadiran beliau.

Mana Muhyiddin? Bayang pun tidak kelihatan. Menurut sumber, Muhyiddin tidak hadir kerana tidak mahu bertembung dengan Bossku. Ini kerana hampir setiap ceramah politik beliau berbohong dan menyerang Najib Razak.

Terbaharu Muhyiddin mengaku kononnya di zaman beliau menjadi Perdana Menteri, beliaulah bertanggungjawab meluluskan 3 kali pengeluaran KWSP berikutan situasi kritikal rakyat yang terkesan dengan pandemik covid 19.

Sebenarnya itu adalah hasil idea dan desakan Najib Razak yang konsisten sehinggakan CEO KWSP terpaksa melepaskan jawatan kerana tidak mampu menguruskan kehendak semasa rakyat.

Muhyiddin seperti biasa tanpa rasa malu membuat pengakuan bahawa itu adalah hasil usaha dan idea beliau.

Mungkin kerana malu yang teramat sangat untuk berdepan dengan Najib Razak di pusat penamaan calon di Pagoh, Muhyiddin lari ke tempat lain.

Untuk rekod, Muhyiddin juga tidak pertahankan kerusi Dun miliknya di Gambir kali ini kerana beliau sudah dapat merasakan bakal kalah teruk. Ini berikutan kegagalan prestasi beliau semasa menjadi Perdana Menteri.

Related Articles

One Comment

  1. jasa…kalau betul dia boleh luluskan pengeluaran KWSP…kenapa sekarang ni si bapak Dafi tak boleh nak luluskan? siapa yang lebih berkuasa? bapak Dafi atau Zafrul/abah?

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker