KWSP: Muhyiddin Bohong, Bohong dan Bohong
Oleh Nurul Aishah
Amat memalukan apabila bekas perdana menteri lantikan ahli parlimen yang dipaksa letak jawatan masih hidup berbohong lagi dan lagi.
Antara sebab beliau hilang sokongan ahli parlimen adalah kerana kuat berbohong sehingga dikatakan mengguris hati Yang di Pertuan Agong di dalam isu darurat.
Malah sudah mulai timbul pertanyaan ke mana perginya duit rakyat ratusan bilion sepanjang tempoh tersebut?
Terbaharu di dalam ceramah beliau, Muhyiddin dengan angkuh dan bongkak mengatakan beliaulah yang mengarahkan KWSP supaya memberikan kelonggaran kepada pemegang akaun akibat terkesan dengan pandemik covid19.
Hadirin yang hadir ada yang tertanya sesama sendiri. Ada yang menggelengkan kepala kerana tidak menyangka seorang yang kuat berdoa di dalam TV rupanya kuat sangat berbohong.
Rakyat ketika itu memuji langkah Najib Razak mendesak kerajaan supaya memberi kelulusan segera kepada pemegang akuan KWSP. Muhyiddin berkeras menolak dengan pelbagai alasan.
Akhirnya apabila ahli parlimen UMNO mengatakan tidak akan menyokong bajet ketika itu maka Muhyiddin membenarkan tetapi dengan cara tiga kali ansuran. Malah sekutu Muhyiddin, ahli parlimen PAS mengatakan adalah mustahil kerana ianya umpama meminang puteri gunung ledang.
Rakyat tidak bodoh dan tidak lupa betapa Muhyiddin tidak pernah bersetuju dengan cara untuk meringankan beban rakyat dan sebagai antara cara menggerakkan semula ekonomi domestik negara.
Terkini, Muhyiddin cuba menyalahkan Ismail Sabri kerana tidak memberi kelulusan one-off i -Citra RM10,000 kepada pemegang akaun KWSP.
Muhyiddin tertekan dan hilang upaya untuk baiki reputasi dirinya sendiri dan parti PPBM.
You must be logged in to post a comment.