PRN Johor : Video Ahli PAS Johor Mahukan Muafakat Nasional

Oleh Nurul Aishah

AKAR Umbi Parti Islam Se Malaysia (PAS) mahukan Muafakat Nasional iaitu gabungan UMNO dan PAS yang telah dimeterai pada September 2019. Mereka dengan tegas menolak Perikatan Nasinal (PN) gabungan Parti Muhyiddin PPBM dan PAS.

Ahli PAS Batu Pahat telah bersuara di Masjid Sultan Ismail, Batu Pahat Johor. Bukti video ucapan dan desakan telah ada. “Banner” mendesak kepimpinan PAS telah dinaikkan. Apa lagi bukti yang kepimpinan PAS mahukan?

Malah akar umbi PAS menyatakan yang mereka tidak akan bertugas di PRN Johor jika PAS bersama PN.



Mereka merayu agar kepimpinan atasan PAS mendengar suara hati mereka kerana perkara ini membabitkan masa depan anak cucu, bangsa Melayu dan agama Islam.

Adakah pemimpin atasan PAS yang sedang “kekenyangan” akan mendengar suara hati akar umbi? Akhirnya pengikut PAS akan sedar sendiri apa yang menjadi prioriti pucuk pimpinan mereka sebenarnya.

Malah Sekurang-kurangnya tujuh lokasi di Johor termasuk di jejantas digantung dengan kain rentang mengenai sikap Pas menolak Perikatan Nasional (PN).



Intipati yang terpapar pada kain rentang itu tetap menegaskan ahli PAS mahukan Muafakat Nasional.

Antara ungkapan yang terpampang pada kain rentang tersebut ialah, “Tolong dengar suara hati ahli Pas di bawah yang mahukan MN dan bukannya PN.”

Sejarah PRN Melaka bakal berulang dalam PRN Johor atas kedegilan pemimpin PAS sendiri.



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker