Insiden Wanita Hina Islam, Operasi Kelab Komedi Digantung Sementara

Insiden Wanita Hina Islam, Operasi Kelab Komedi Digantung Sementara

KUALA LUMPUR: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menggantung sementara secara serta-merta lesen sebuah kelab komedi susulan tular video seorang wanita didakwa menghina Islam ketika membuat persembahan di premis berkenaan, baru-baru ini.

Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Jalaluddin Alias, berkata DBKL tidak akan berkompromi dalam isu sebegini terutama membabitkan sensitiviti agama.



“DBKL sudah membuat siasatan lanjut terhadap lesen premis berkenaan dan tindakan menggantung sementara pengoperasian premis berkenaan sudah dilakukan secara serta-merta.

“Ini suatu mesej jelas Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP) dan DBKL tidak akan sama sekali bertoleransi dengan apa jua aktiviti yang melanggar mana-mana sensitiviti membabitkan agama, bangsa dan kedaulatan negara,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Justeru itu, beliau berharap, insiden sebegini tidak akan berulang lagi di mana-mana premis yang berada dalam Wilayah Persekutuan mahupun di seluruh negara.

“Operasi penguatkuasaan akan diteruskan dari semasa ke semasa, di samping laporan orang awam juga sentiasa diperlukan bagi memastikan perkara sebegini tidak berulang lagi,” katanya.



Dalam pada itu katanya, Polis Di Raja Malaysia (PDRM) juga difahamkan sudah melakukan siasatan melalui Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman ke atas kes itu.

“Kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan iaitu atas alasan agama yang boleh menyebabkan suasana tidak harmoni, perpecahan atau permusuhan atau niat jahat memudaratkan keadaan harmoni.

“Siasatan turut dibuat mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi Dan Multimedia 1998 iaitu penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian,” katanya.

Semalam, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dalam kenyataannya, memaklumkan sudah melakukan siasatan awal berhubung pendedahan video tular itu yang memaparkan seorang wanita yang mengaitkan dirinya dengan Islam membuka pakaiannya secara terbuka-BH



Insiden Wanita Hina Islam, Operasi Kelab Komedi Digantung Sementara

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Amell Pukul Mak Wan sebab diludah, Didie Alias Dedah Hal Sebenar

Lelaki Melayu Pertama ‘Catwalk’ Di Paris Fashion Week



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker