Kerajaan Johor Hampir Hilang Majoriti

Sebaran :

Oleh Nurul Aishah

MUNGKIN rakyat tidak perasan bahawa kerajaan Johor boleh dikatakan hampir hilang majoriti apabila Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kempas, Datuk Osman Sapian, yang juga mantan Menteri Besar, meninggal dunia pada 21 Disember lalu.

Ketika ini kedudukan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor adalah

Kerajaan Johor 28 DUN
PH 27 DUN
Kosong 1 DUN



Desas-desus pembubaran DUN Johor bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN) diadakan dalam masa terdekat, semakin hangat diperkatakan.

Malah Pakatan Harapan (PH) Johor mengakui ada membincangkan perkara itu dalam mesyuarat mereka, baru-baru ini.

Menurut sumber, pembubaran akan berlaku pada Februari ini selepas banjir di negeri Johor pulih. PRN pula dijangka berlangsung dalam bulan Mac.

Keadaan politik semasa di Johor amat genting apabila pembahagian kerusi DUN sangat tipis dengan kerajaan Johor memiliki 28 kerusi, manakala PH pula 27.



Jika ada satu ADUN melompat, kerajaan negeri akan tumbang pada bila-bila masa. Dan yang paling membimbangkan keputusan-keputusan penting untuk rakyat Johor tidak dapat dibuat dalam keadaan politik Johor yang tidak stabil.

Terdapat 56 kerusi di DUN Johor, dengan agihan terkininya adalah UMNO dan DAP masing-masing 14 kerusi, BERSATU (11), MIC (dua), PAS (satu), sementara AMANAH (enam) dan PKR (tujuh).

Kerajaan Johor memiliki majoriti tipis dengan 28 kerusi berbanding 27 kerusi di blok pembangkang, berikutan kematian ADUN Kempas.

Beberapa pimpinan tertinggi UMNO Johor juga sudah memberikan ‘petunjuk’ yang pembubaran DUN serta PRN Johor semakin hampir.



Semua jentera parti perlu bersedia untuk menghadapi PRN Johor yang dijangka berlaku pada bila-bila masa saja.


Sebaran :

Leave a Reply

Your email address will not be published.