Elok Menteri-Menteri Batalkan Percutian Luar Negara

oleh Nurul Aishah

SEJAK sabtu lepas negara mengalami banjir yang teruk sehingga menjejaskan nyawa. Sebanyak 37 individu terkorban manakala 10 lagi dikhuatiri hilang di tujuh negeri yang terjejas akibat banjir, setakat ini.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani memberitahu, dalam tempoh 24 jam pada Rabu sahaja, lima kematian melibatkan seorang kanak-kanak dan satu lagi mangsa direkodkan hilang.

Hujung tahun menjelang Krismas, ramai para Menteri sedang bercuti di luar negara. Ironinya, adakah mereka tidak sedar bahawa ketika ini berlaku banjir besar yang meragut nyawa ramai rakyat Malaysia? Jawatan yang mereka sandang datang bersama tanggungjawab.

Para menteri ini juga merupakan ADUN dan Ahli Parlimen di kawasan masing-masing. Selain bertanggungjawab ke atas rakyat di kawasan mereka, Menteri-menteri ini juga bertanggung jawab terhadap rakyat Malaysia.

Memetik sumber , Kenapa Masih Ada Menteri Di Luar Negara? Tahun 2014, negara pernah dilanda banjir besar. Walau pun skala banjir pada 2014 hampir sama dengan hari ini, namun, keadaan tidak kelam kabut seperti hari ini.

Mengapa?

Kerana waktu itu, Malaysia mempunyai Perdana Menteri yang tegas dan pandai mengawal keadaan. Waktu itu, Perdana Menteri, DS Najib, yang sedang bercuti di Amerika Syarikat, dengan serta merta balik ke Malaysia.

Setibanya beliau di Malaysia, beliau telah luluskan dana RM500 juta untuk membantu mangsa banjir. RM500 juta itu tidak termasuk dana untuk baiki kemudahan awam seperti jalanraya, masjid dsb.

DS Najib juga telah mengarahkan semua menteri yang sedang bercuti supaya balik serta merta untuk menangani masalah banjir. Dalam masa 2 hari, seluruh kabinet sudah berada di tanah air dan keutamaan ditumpukan kepada usaha menyelamatkan mangsa.

Selepas itu digerakkan pula usaha untuk membantu mangsa pasca banjir. Itu sejarah yang tidak boleh dinafikan.

Apa Sudah Jadi Dengan Malaysia, 2021, negara sekali lagi dilanda banjir besar. Tetapi kali ini, keadaan sangat tidak teratur. Masih ada mangsa masih terperangkap, tetapi pemimpin saling menuding jari?Apakah mereka fikir rakyat ada masa untuk ikuti semua itu ketika nyawa sedang terancam!!!

Malah, masih ada menteri yang berada di luar negara!!!

Mereka merasakan sudah cukup dengan berikan arahan kepada kementerian masing-masing dari jauh!!!

Ada Ahli Parlimen yang kawasannya teruk dilanda banjir, malah, ada yang terkorban, tetapi masih bercuti di luar negara.

Ada pula menteri yang ke luar negara ketika rakyat bertarung nyawa menghadapi banjir.

Dan juga menteri yang tidak tahu atau tidak faham fungsi agensi yang mereka terajui.

Akibatnya, rakyat yang menderita. Akibatnya, rakyat yang sengsara.

Mengapa Perdana Menteri tidak mengarahkan semua menteri yang berada di luar negara supaya pulang serta merta? Mengapa Perdana Menteri boleh benarkan menteri ke luar negara ketika kemuncak banjir?

Kesimpulannya eloklah Menteri-menteri yang sedang bercuti di luar negara itu balik dan jalankan tugas mereka menjaga rakyat. Batalkan dahulu percutian tersebut.

*Artikel ini adalah pandangan penulis

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker